Malaysia Masih Banyak Tempat Untuk Melancong Berbanding Orang Singapura Hanya Boleh Check-in Hotel Sahaja
2 min read
Rakyat Malaysia pada ketika ini yang biasa melancong ke luar negara ramai yang mengeluh disebabkan tidak dapat melancong kerana pandemik virus COVID-19 sudah merebak ke seluruh dunia sehingga menjejaskan industri pelancongan di seluruh dunia. Orang di Singapura, sudahlah tidak boleh ke luar negara mereka hanyab boleh habiskan masa di hotel sahaja.
Apabila melihat keadaan rakyat di negara jiran Singapura bagaimana cara mereka menghabiskan cuti apabila tidak boleh ke luar negara, sepatutnya rakyat Malaysia bersyukur kerana kita masih banyak destinasi untuk dikunjungi malahan lebih hebat dari apa yang ada di negara lain.
Selain Hilton Hotel dan Grand Park Orchad, dilaporkan perkara yang sama turut terjadi di Four Points by Sheraton Singapore, Riverview, Grand Hyatt dan Pan Pacific
Rakyat Singapura yang mungkin ramai berpendapatan tinggi dan biasa ke luar negara, apabila sempadan ditutup akibat pandemik mereka hanya dapat bercuti dengan menginap di hotel-hotel sahaja di seluruh negara mereka yang kecil.
Menurut laporan portal Mothership.sg, beberapa buah hotel bertaraf lima bintang di negara republik itu menyaksikan barisan panjang orang ramai yang beratur untuk masuk ke bilik pada cuti hujung minggu sehingga ada yang terpaksa beratur lebih empat jam.
Dengan pintu sempadan yang belum dibuka dan arahan untuk bercuti ke luar negara masih belum dibenarkan, rakyat Singapura tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menghabiskan hujung minggu mereka dengan cara sedemikian.
Difahamkan, seorang rakyat Singapura yang memilih untuk menginap di Hotel Grand Park Orchard terpaksa menunggu sehingga empat jam untuk mendaftar masuk ke hotel terbabit, manakala yang lain pula terpaksa menunggu lebih dari tujuh jam.
BACA JUGA – Thailand Akan Buka Pintu Untuk Pelancong Asing Masuk
Ada pula seorang lagi menyatakan bahawa dia mula berbaris pada pukul 3 petang dan hanya dilayan oleh Pengurus Besar hotel selepas lima jam. Dia diberi tiga pilihan iaitu mendapat bayaran balik 100 peratus, naik taraf bilik dengan percuma atau terus menunggu dengan 50% potongan untuk makanan di hotel.
Selain daripada itu, perkara sama dilaporkan berlaku di Hotel Hilton di Singapura apabila seorang lelaki berusia 35 tahun yang dikenali sebagai Loh terpaksa menunggu sehingga 5 jam untuk mendapatkan bilik.

Dia yang mula menunggu sekitar jam 12 tengahari hanya mula dilayan setelah jam 5 petang. Pengurusan Hilton Hotel turut memohon maaf kepada Loh dan memberi jaminan dia akan diberikan bilik.
Selain Hilton Hotel dan Grand Park Orchad, dilaporkan perkara yang sama turut terjadi di Four Points by Sheraton Singapore, Riverview, Grand Hyatt dan Pan Pacific.
Salah seorang pengguna Trip Advisor telah bertindak memberi satu bintang kepada Pan Pacific Singapore disebabkan masa menunggu yang lama. Dia turut mempersoal pengurusan Pan Pacific yang menyediakan hanya dua kakitangan untuk menguruskan kemasukan tetamu. – Sepatah Dua