December 6, 2023

Pencuri Di UK Selamba Tanggalkan Badan Kereta Mercedes Benz Depan Rumah Tuan Punya

2 min read

Dalam satu kejadian curi di West Bromwich, United Kingdom seorang pemilik kereta jenis Mercedes Benz jenis C-Class terkejut apabila mendapati keretanya telah menjadi mangsa curi serta sudah dicerai-ceraikan badan serta peralatan kereta itu di depan rumahnya sendiri.

Kejadian mengejutkan itu terjadi kepada Paul Hampton, 56 tahun yang hanya menyedari kejadian itu selepas melihat jirannya ramai berdiri di depan rumahnya awal pagi Khamis lepas.

Keretanya yang berharga £28,000 Pound Sterling (RM152,536) yang diletakkan di depan rumahnya di antara pukul 9.30 malam dan 4.30 pagi sudah kehilangan sebahagian besar badannya yang sudah ditanggal-tanggalkan oleh pencuri.

“Kereta ini telah diceraikan badannya di depan rumah kami.

“Tidak ada siapa pun yang mendengar apa yang berlaku kerana seakan-akan tidak ada bunyi bising langsung yang dibuat oleh penjenayah-penjenayah itu,” kata anak Paul, Emily Heeley.

Keempat tayar kereta itu hilang dan ia diletakkan di atas batu bata. Bonet depan hilang, pintu kereta hilang termasuk juga dua kerusi di bahagian depan kereta.

Anggota Forensik polis yang menjalankan siasatan untuk mencari sebarang cap jari menyatakan tidak banyak bukti yang dapat ditemui tetapi ia masih dalam siasatan.

Paul turut menawarkan hadiah wang tunai bernilai £1,000 (RM5446.91) kepada sesiapa yang berjaya memberikan maklumat sehingga pelaku jenayah tersebut berjaya diberkas kerana melakukan jenayah berkenaan ke atas kereta Mercedes Benz itu.

“Apabila saya keluar dari rumah, saya seakan-akan tidak percaya dengan apa yang saya lihat di depan mata saya,” kata Paul menurut laporan berita portal media tempatan. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *