Video: Konvo Di Dalam Hutan, Cari ‘Signal’ Internet Punya Pasal

KETIKA pandemik Covid-19, antara perkara yang dilakukan oleh beberapa pusat pengajian tinggi di seluruh dunia selain mengadakan pengajian secara maya ialah turut melakukan konvokesyen secara maya atau virtual.

Namun bagi sejumlah siswa, mereka mempunyai masalah jalur lebar Internet apabila kawasan yang mereka diami tidak mempunyai kemudahan teknologi itu. Jika adapun kemudahan Internet, namun pencapaiannya lemah atau tidak stabil.

Namun hendak seribu daya dan perlu kreatif. Apa yang dilaku oleh Katarina Oa Jebe, seorang siswa fakulti kedoktoran, Universiti Nusa Cendana (Undana), Kupang, Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia, sesuatu yang harus dicontohi siswa siswi lain yang menghadapi masalah kurangnya isyarat (signal) Internet.

Katarina yang tinggal di Desa Baya, Kabupaten Flores Timur, NTT, mempunyai masalah untuk mendapai isyarat Internet yang memuaskan.

Justeru untuk mendapatkan isyarat yang memuaskan dia mendapat bantuan beberapa saudaranya untuk mencari isyarat Internet yang memuaskan.

Hasilnya kawasan yang didapati mempunyai isyarat yang agak memuaskan adalah sebuah kawasan hutan dikenali sebagai Hutan Gaharu di lereng bukit. Hutan yang mempunyai tanaman pokok gaharu ini tidak berapa jauh dari kampung Katarina.

Justeru, Katarina membawa kedua-dua ibu bapanya serta beberapa orang saudara-maranya ke dalam hutan gaharu itu untuk menyaksikan konvokesyen virtual itu.

Kerana untuk memastikan kredit talian Internet tidak kehabisan, dia perlu memastikan masa giliran dia untuk menerima gulungan ijazah.

Tiba gilirannya, Katarina bangun dari kerusi yang di belakang terpampang belon ‘congrats’ (tahniah) sambil ditemani ibu bapanya,

Beberapa saudara-maranya bertepuk tangan melihat majlis itu tidak jauh dari situ.

Majlis konvoksyen secara virtual di dalam hutan cendana itu dirakam oleh salah seorang saudaranya. Dia memuat naik video itu dalam Facebooknya Wollo Optimal pada Khamis, 10 Disember 2020.

Video itu menjadi tular (viral) dalam beberapa media sosial dan akhbar di Indonesia. Ramai netizan memuji langkah yang dilakukan oleh Katarina dan mengucapkan tahniah atas majlis konvonya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *