Syed Saddiq Tersenarai Dalam “30 And Under, Young Asians To Watch”

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui teruja dan gembira selepas tersenarai dalam “30 and Under, Young Asians To Watch” oleh The Straits Times Singapura.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Muar turut berjanji akan menggunakan kedudukan dan apa sahaja yang dimilikinya untuk membina negara Malaysia.

“Kepada rakyat Malaysia, jika saya salah, tegurlah saya. Jika saya sombong, hukumlah saya. Saya berjanji akan gunakan posisi dan apa yang saya ada untuk membina negara Malaysia,”

“Jalan Tegak Malaysia!” tambah beliau lagi.

Jelasnya, kejayaan itu adalah bukti jika niat dan prinsip dalam diri adalah betul, mana-mana individu yang tiada latar belakang keluarga politik atau pengaruh juga boleh melakukan perubahan.

Selain Syed Saddiq, ahli gusti profesional Malaysia, Nor Diana dan pengasas Refugee for the Refugees, Heidy Quah turut tersenarai.

The Straits Times Singapura menerbitkan senarai itu bagi memberi penghormatan kepada 30 individu berpengaruh di Asia yang mempunyai pelbagai pencapaian, sama ada ciptaan yang memenangi anugerah mahupun idea perniagaan yang bijak.

Sebahagian terdiri daripada nama besar yang memberi inspirasi kepada orang lain manakala yang lain mengabdikan diri untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *