September 24, 2023

Persembahan MyVXp Abang Anaz & Friends, Menyanyi Sambil Beramal Untuk Orang Kundasang, Sabah Yang Memerlukan

2 min read

Banyak cara orang ramai lakukan untuk memberikan bantuan atau berbakti kepada orang yang memerlukan. Tidak kurang juga ramai yang menghiburkan orang dengan gaya kreatif untuk membuat amal.

Ini kisah tentang kumpulan Abang Anaz & Friends yang berasal dari Sabah, bermain muzik untuk tujuan yang amat baik, memberikan bantuan dan memberikan harapan untuk kehidupan yang lebih baik untuk orang lain.

Kumpulan Abang Anaz & Friends terdiri daripada tiga orang anggota, seorang pemain dram dan dua orang pemain gitar. Dengar cerita, kumpulan mereka dicipta di ruang tamu kerana keinginan yang kuat untuk membantu orang lain yang terjejas teruk hidup mereka akibat penularan wabak COVID-19.

Mereka akan menyanyikan lagu ciptaan mereka sendiri yang bertajuk Pok Silap dan Firasat di Kundasang, Sabah

Paling menarik, mereka bermain muzik secara atas talian secara maya. Mereka adalah satu daripada barisan bintang di dalam program Malaysia Virtual Experience (MyVXp). Kumpulan Abang Anaz & Friends memulakan satu kutipan dana dengan berlandaskan muzik untuk menggerakkan bantuan ini.

Ikuti persembahan mereka serendah RM10 sahaja, separuh daripada kutipan persembahan MyVXp mereka akan disumbangkan untuk membantu orang kurang bernasib baik di Kundasang, Sabah.

BACA JUGA – Tun Rahah Di Belakang Dua Bekas Pemimpin No. 1 Malaysia

Bukan hanya bermain muzik, mereka turut mempromosikan lokasi menarik pelancongan di negeri di bawah bayu itu.

Caranya, mereka menjadikan lokasi istimewa itu sebagai pentas persembahan mereka ketika dalam siaran langsung. Mereka tidak akan membuat persembahan di lokasi sama pada setiap persembahan.

UNTUK TEMPAH SESI ANDA, KLIK PAUTAN INI : https://www.kofkino.com/activity/abang-anaz-friends-charity-online-jam-at-hidden-hill-kundasang/

Pada tarikh 26 Disember 2020 (Sabtu) nanti, persembahan MyVXp mereka akan diadakan di Hidden Hill Homestay di Kundasang. Sesuai dengan namanya, ia terletak tersembunyi di celah-celah pergunungan jauh dari hiruk-pikuk kehidupan bandar.

Abang Anaz & Friends membuat persembahan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu di Sabah.

Persembahan mereka pasti memukau dek kerana suasana tenang di kawasan berkenaan yang amat sesuai untuk satu persembahan karya muzik kreatif tambahan lagi berhibur dan berbakti.

Sesi MyVXp Abang Anaz & Friends akan berlangsung selama satu setengah jam bersama penampilan istimewa Santiana Ramli. Mereka akan menyanyikan lagu ciptaan mereka sendiri yang bertajuk Pok Silap dan Firasat.

Hanya RM10 sahaja, jom menyumbang kepada mereka yang memerlukan di Kundasang, Sabah dengan mengikuti sesi MyVXp Abang Anaz & Friends Sabtu ini, pada pukul 7 malam. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *