September 27, 2023

Sesi Unik Malaysia Virtual Experience, Persembahan Hasilkan Biji Kopi Gaya Tradisional Suku Dusun Sabah

2 min read

Tahukah anda, minuman kopi yang terkenal seluruh dunia ada kebaikannya tersendiri. Antara kebaikannya ialah dapat meningkatkan serta mempertahankan metabolisme tubuh badan dan ia dapat membantu mengurangkan risiko anda terkena penyakit Parkinson.

Bagi sesetengah orang, mereka mesti pekena kopi di waktu awal pagi untuk membolehkan mereka bertugas dengan produktif sepanjang hari.

Tahukah anda? Perihal menghasilkan kopi ini juga merupakan satu daripada persembahan dalam program Malaysia Virtual Experience (MyVXp) yang dicetuskan oleh platform Tourism Productivity Nexus (TPN).

Hanteh Ginsos ketika menghasilkan biji kopi Arabica cara tradisional gaya tradisi suku Dusun dari Sabah.

Ia dipentaskan dalam ruang maya secara atas talian mempersembahkan keunikan dan kehebatan khazanah yang ada di Malaysia untuk orang lain mengenali negara ini.

Bintang MyVXp ini ialah Hanteh Ginsos dari Kota Belud, Sabah yang menggunakan pentas digital untuk membawa seni menghasilkan biji kopi Arabica dari kampungnya kepada semua orang untuk mengenali kehebatannya.

Jom Sertai!! – PELUANG MENANG RM100 BERSAMA SEPATAHDUA.MY

Beliau yang berasal dari suku Dusun di Sabah akan mempersembahkan cara mereka memproses biji kopi.

Sebelum ini, warga penduduk Kampung Kiau Nuluh memang pakar dalam menghasilkan biji kopi. Akibat jualan yang agak mengecewakan, kebanyakan dari mereka berhenti dari melakukan kerja berkenaan dan memberikan fokus kepada bidang eko-pelancongan.

Negeri Sabah sudah tidak asing lagi sebagai satu tempat yang sarat dengan kawasan tumpuan pelancongan dari seluruh dunia. Dengan tersergam indahnya Gunung Kinabalu, sehingga kecantikan Pantai Karambunai serta populariti makanan laut di Kota Kinabalu, semuanya ada di Sabah.

Bagaimanapun, kerana pandemik COVID-19 dan kawalan pergerakan orang ramai sudah tidak ramai ke Sabah menyebabkan industri pelancongan di sana terjejas.

Hanteh kemudiannya menjadikan kepakaran menghasilkan biji kopi dari suku Dusun sebagai persembahan istimewa dalam MyVXp.

ANDA BOLEH SAKSIKAN PERSEMBAHAN Malaysia Virtual Experience “LEARN THE DUSUN TRIBE WAY OF MAKING COFFEE” PADA AHAD INI, 27 DISEMBER 2020, PADA PUKUL 10 PAGI DENGAN HARGA RM49 SAHAJA

DAPATKAN SLOT ANDA DI PAUTAN INI : https://www.kofkino.com/activity/mari-belajar-memproses-kopi-secara-tradisi/

Hanya dengan menggunakan lesung dengan satu tangan dan sebelah tangan lagi memegang bakul, tradisi kepakaran menghasilkan biji kopi unik ini telah menjadi usaha mencari rezeki turun temurun dari generasi ke generasi sudah lebih 50 tahun.

Hanteh akan mempersembahkan pekerjaan unik ini dan penghasilan biji kopi yang amat terkenal ini hanya kepada bilangan penonton yang terhad sahaja dalam sesi Malaysia Virtual Experience pada Ahad ini.

Dapatkan slot anda untuk mengikuti persembahan Hanteh menunjukkan kepada anda bagaimana biji kopi Arabica ala Suku Dusun dihasilkan. Anda juga boleh secara langsung berkomunikasi dengan Hanteh serta bertanyakan soalan tentang keunikan penghasilan kopi gaya tradisional suku Dusun di Sabah ini. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *