September 28, 2023

Dulu Anak Murid, Sekarang Jadi Suami Sendiri

2 min read

APABILA usia sudah mendekati 30-an, ia dianggap suasana meresahkan bagi sebahagian wanita apabila tiada lelaki yang ingin mendekati dan melamar. Sedangkan dia begitu mengharapkan menjalani kehidupan sebagai wanita yang ingin hidup berkahwin dan mempunyai keluarga. Itu yang dirasai Muhrianti, 29, dari Kalimantan Timur, Indonesia.

Perkahwinan antara guru dan bekas anak murid tular dalam media sosial dan media di Indonesia.

Wanita berusia 29 itu seorang guru Bahasa Inggeris yang merasakan dirinya sudah menjadi anak dara tua dan bakal tidak bernikah kerana masih belum ada lelaki yang melamarnya.

Ini kerana bagi masyarakat setempat usia lewat sebegitu sudah dianggap anak dara tua.

Namun setelah pasrah dengan keadaan itu tiba-tiba ada lelaki yang melamarkannya.

Cuma lamaran yang datang itu adalah lelaki yang 10 tahun lebih muda daripadanya. Lebih mengejutkan ialah lelaki bernama Abdul Kodir itu adalah bekas pelajar yang pernah diajarnya ketika di Tingkatan 3.

Muhrianti dan Abdul Kodir sering bersama dalam aktiviti luar di mana dia menjadi guru pengawas. Ketika itu hubungan mereka agak rapat tetapi hanya sebagai guru dan anak muridnya.

Namun Abdul Kodir pernah dalam satu kegiatan luar pernah menyatakan akan melamarnya setelah tamat persekolahan dan bekerja.

Muhrianti ketika itu menganggap kata-kata itu hanya gurauan kerana jarak usia yang jauh iaitu 10 tahun, walaupun dalam hatinya tertarik dengan peribadi anak muridnya itu.

Muhrianti terus menerima bekas anak muridnya yang 10 tahun lebih muda daripadanya. Kisah bahagia itu dimuat naik oleh Muhrianti dalam akaun TikTok @yanti.fla pada Ahad, 20 Disember 2020.

Menurut laporan Tribunenews pada Selasa, 22 Disember 2020, Muhrianti dan Abdul Kodir telah berkahwin pada 10 Jun 2020. Muhrianti turut mempunyai saluran YouTube Miss Yanti yang banyak memberi pembelajaran pengunaan Bahasa Inggeris.

Perkahwinan antara guru dan anak murid yang direstui keluarga ini tular dalam laman sosial di Indonesia.

Kini Muhrianti dan Abdul Qodir menjadi pasangan bahagia dan tidak menghiraukan pandangan negatif pihak-pihak lain.

1 thought on “Dulu Anak Murid, Sekarang Jadi Suami Sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *