Dedah Ilmu Ambil Gambar Kecantikan Air Terjun, Sesi Malaysia Virtual Experience Dr Ali Shamsul Kongsi Ilmu Fotografi
2 min read
Apa kata akhiri tahun 2020 anda dengan mempelajari satu ilmu yang membolehkan anda menghargai keindahan alam semula jadi dan kemudian menyimpan memori indah itu di dalam foto sebagai koleksi anda.
Malam ini, mari ikuti persembahan Malaysia Virtual Experience (MyVXp) yang akan memberi tunjuk ajar bagaimana caranya untuk dapat menangkap gambar cantik sebuah air terjun.
Gambar air terjun merupakan satu daripada gambar yang amat popular di seluruh dunia untuk difotokan. Jurugambar dari merata dunia pergi ke lokasi air terjun di seluruh pelusuk alam untuk cuba mendapatkan foto air terjun yang cantik dari sudut terbaik.

Persembahan malam ini dikendalikan oleh Bintang MyVXp Dr Ali Shamsul Bahar akan mengajar anda teknik-tekniknya dalam sesi bertajuk “Waterfall Photography : How To Capture The Beauty Of Waterfall” selama kira-kira satu setengah jam.
Minat beliau dalam fotografi bermula ketika beliau masih di peringkat sekolah rendah apabila melihat kamera dan gambar-gambar pakciknya sebelum kemudian mendapatkan kameranya sendiri ketika Tingkatan 1. Beliau merupakan peminat tegar fotografi dan seorang peminat kamera jenama Nikon Z.

JOM!! SERTAI DAN DAPATKAN PELUANG MENANG RM100 DENGAN SEPATAHDUA.MY

Bagi seseorang untuk menangkap gambar keindahan alam bukanlah mudah. Ada tetapan teknikal yang perlu dilakukan di kamera anda sebelum gambar berkenaan diambil.
Dr Ali Shamsul yang berpangkalan di Kuantan menganggap minat beliau tentang fotografi kecantikan alam sebagai satu tanggungjawab beliau untuk menghargai keunikan rupa alam semula jadi Malaysia supaya orang ramai dan masyarakat dapat terus mengekalkan kecantikannya.
Dalam sesi Malaysia Virtual Experience beliau malam ini, beliau akan berkongsi cara beliau untuk menangkap gambar air terjun dari peringkat pemilihan peralatan hingga ke peringkat menetapkan kamera supaya sesuai untuk mengambil gambar berkenaan.
PAUTAN TEMPAHAN SLOT PERSEMBAHAN Waterfall Photography : How To Capture The Beauty Of Waterfall MALAM INI, PUKUL 9 MALAM : https://www.kofkino.com/?post_type=st_activity&p=12863
Beliau turut terjejas ketika penularan wabak COVID-19 kali ini kerana tidak dapat pergi ke lokasi fotografi dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan di seluruh negara sejak Mac lepas oleh kerajaan.
Oleh itu, platform MyVXp menjadi pilihan beliau untuk berkongsi rahsia teknik dalam fotografi secara langsung sesuai dengan matlamat platform berkenaan iaitu Pelancongan Digital Tanpa Batasan.
Bagi Dr Ali Shamsul, melalui fotografi, kita boleh mengajar orang lain untuk menghargai keindahan alam.
Jangan lupa malam ini, kita belajar tentang ilmu fotografi. – Sepatah Dua