September 24, 2023

Krisis Pandemik Dan Masalah Punca Pendapatan Warna-Warni Tahun 2020

2 min read

Jika dikira bermula dari esok, tinggal dua hari sahaja lagi menjelang hari terakhir tahun 2020 seterusnya kita akan melangkah masuk ke tahun baru 2021.

Kalau masing-masing punya diari pada tahun ini, sudah pasti sejak Mac lalu agenda di dalam diari anda sudah pasti dipenuhi perkara berkaitan wabak pandemik COVID-19 dan tidak banyak ke mana-mana ekoran kawalan pergerakan yang dikenakan kerajaan untuk mengawal penularan wabak berkenaan.

Bagi sesetengah orang, bayangan Malaysia menjadi negara maju sudah pasti terbantut dek kerana pandemik dan juga krisis politik yang berlaku pada awal tahun ini.

Paling pasti, wabak COVID-19 yang dikatakan berpunca dari Wuhan, China merupakan cerita paling besar tahun 2020 kerana ia melibatkan seluruh dunia.

Ramai orang dari pelbagai lapisan masyarakat terjejas kerana wabak ini dari setinggi-tinggi pendapatan sehingga ke yang serendah-rendahnya merasai tempias betapa teruknya virus baru ini menjejaskan perjalanan normal manusia pada tahun ini.

KLIK PAUTAN INI! PELUANG MENANG RM100 DENGAN SEPATAHDUA.MY

Pekerja diberhentikan, dipaksa mengambil cuti tanpa gaji, syarikat penerbangan lumpuh ekoran sempadan negara ditutup, golongan peniaga terjejas perniagaan mereka kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penggiat industri pelancongan paling terjejas kerana ketiadaan pelancong yang mengembara kerana kekangan pergerakan.

Hampir seluruh tahun 2020, orang ramai berfikir bagaimana untuk menambah pendapatan atau mencari rezeki dengan cara baharu untuk menampung kehidupan keluarga.

Ada yang bekerja makan gaji berubah mencari pendapatan dengan berniaga. Ada yang sebelum ini bekerja menjadi juruterbang tetapi kini berubah menjadi penghantar barangan atau makanan dek kerana untuk terus mencari pendapatan.

Menjelang tahun baharu tidak lama lagi, pastinya semua orang mencari pelbagai ikhtiar untuk terus boleh mencari rezeki walaupun ada kebimbangan pandemik COVID-19 masih belum berakhir sepenuhnya dan masih lagi ada jangkitan-jangkitan baharu direkodkan.

Difahamkan walaupun nanti suntikan vaksin akan diberikan kepada warga Malaysia, tetapi orang ramai masih perlu mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) serta norma baharu bagi memastikan pandemik berkenaan betul-betul berakhir.

BACA JUGA : Jangan Tipu Frontliners!!

Boleh dikatakan tahun 2021 yang akan tiba nanti, menjadi medan untuk seluruh negara berdepan masalah pandemik dan masalah pendapatan.

Biar apa pun banyak perkara lain berlaku khususnya cuaca politik yang tidak menentu di negara ini, namun bagi orang ramai, mereka perlu ada duit untuk menyara kehidupan dan pekerjaan untuk terus ada pendapatan.

Itu sahaja yang penting bagi mereka hanya untuk terus boleh hidup dengan baik. Mudah-mudahan, krisis ini akan berakhir pada tahun depan nanti. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *