Jururawat Di California Positif COVID-19 Selepas Lebih Seminggu Terima Suntikan Vaksin Keluaran Pfizer
1 min read
Seorang jururawat berusia 45 tahun dari California, Amerika Syarikat, Matthew W. didapati positif COVID-19 selepas lebih seminggu menerima suntikan vaksin COVID-19 keluaran Pfizer.
Dia yang merupakan seorang jururawat di dua buah hospital tempatan dalam satu hantaran di laman Facebooknya menyebut pada 18 Disember, dia menerima suntikan berkenaan dan tangannya berasa sakit selama sehari tetapi tidak mengalami apa-apa kesan sampingan yang lain.
Enam hari selepas itu, malam perayaan Krismas, dia berasa tidak sihat selepas bertugas di unit COVID-19. Dia berasa sejuk dan kemudian sakit di bahagian otot dan lesu.
Matthew pergi ke kawasan saringan pandu lalu dan disahkan positif virus berkenaan sehari selepas Krismas, menurut laporan agensi berita ABC News yang turut dilaporkan oleh portal The Star.
JOM SERTAI PELUANG UNTUK MENANG RM100 DENGAN SEPATAHDUA.MY
Pakar Penyakit Berjangkit di Pusat Kesihatan Keluarga di San Diego, Christian Ramers berkata kejadian berkenaan tidak dijangkakan akan berlaku.
“Apa yang kami tahu, ketika ujian klinikal vaksin berkenaan akan mengambil masa 10 hingga 14 hari untuk mula memberikan perlindungan kepada penerimanya.
“Dos vaksin COVID-19 yang pertama akan memberikan perlindungan pada tahap kira-kira 50 peratus dan anda memerlukan dos kedua yang memberikan perlindungan sehingga 95 peratus,” katanya.