September 28, 2023

Hong Kong Berdepan Masalah Pelitup Muka Membanjiri Lautan

1 min read

Negara Hong Kong kini berdepan masalah lain selain virus COVID-19 apabila ada kira-kira 1.56 bilion pelitup muka yang digunakan sebagai norma baharu membanjiri laut mereka. Ia menjadi ancaman untuk hidupan laut.

Pelitup muka yang dijumpai bukan jenis yang boleh biodegradasi dan ia diperbuat dari polipropilena dengan berat kira-kira 4,680 tan.

Dengan pelitup muka sebanyak itu, ia mengambil masa sekurang-kurangnya selama 450 tahun untuk mereput dan terurai.

JOM SERTAI! PELUANG MENANG RM100 DENGAN SEPATAHDUA.MY

Portal CGTN melaporkan mikroplastik yang dikeluarkan daripada pelitup muka itu akan memasuki rongga hidupan laut yang memberi kesan buruk kepada kitaran hidup haiwan.

“Sebanyak 1.56 bilion pelitup muka kemungkinan memasuki lautan kita pada 2020 dan ia seperti puncak gunung,” kata Teale Phelps Bondaroff, pengarang utama laporan itu yang juga pengarah penyelidikan OceansAsia, sebuah organisasi pemuliharaan laut yang berpusat di Hong Kong.

Jumlah itu sebenarnya adalah sebahagian kecil daripada anggaran sebenar iaitu antara lapan hingga 12 juta tan pelitup muka.

Menurut unjuran pengeluaran global, kira-kira 52 bilion pelitup muka dihasilkan pada 2020 sebagai sebahagian usaha pencegahan wabak Covid-19. – Sepatah Dua

1 thought on “Hong Kong Berdepan Masalah Pelitup Muka Membanjiri Lautan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *