Rasulullah Laknat Pemberi Dan Penerima Rasuah
1 min read
- Menurut laporan akbar berbahasa inggeris New Straits Times, sekurang-kurangnya empat pegawai kanan kerajaan dipercayai terlibat dalam proses membawa masuk daging tidak halal ke Malaysia yang kemudian dilabelkan sebagai daging halal.
- Apa yang amat menyedihkan, laporan NST menyatakan bahawa pegawai tersebut bukan sahaja menerima wang malah dalam sebahagian kes menerima rasuah wanita untuk seks, sebagai imbalan untuk melancarkan operasi penipuan tersebut.
- Laporan ini menggambarkan betapa rasuah bukan sahaja merosakkan peribadi pemberi dan penerima, menghancurkan sistem pentadbiran, menghilangkan kepercayaan masyarakat bahkan memberikan kesan kepada pihak ketiga iaitu rakyat sendiri.
- Benarlah sabda Rasulullah bahawa pelaku rasuah ini adalah dilaknat. Bukan sahaja dilaknat oleh Allah, malah manusia turut melaknat mereka. Sabda Rasulullah:
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي
“Rasulullah melaknat pemberi dan penerima rasuah.” (HR Ahmad)
- Perhatikan hadith ini betul-betul. Perkataan yang digunakan adalah ‘laknat.’ Bererti perbuatan rasuah ini adalah perlakuan yang amat terkutuk sehingga mereka yang melakukannya dilaknat oleh Allah dan Rasul.
- Dengan sebab itu al-Imam al-San’ani dan al-Zahabi meletakkan kumpulan perasuah ini sebagai pelaku dosa besar (murtakib al-kabirah) (Subul al-Salam & al-Kaba’ir). Malah al-Imam al-Qurtubi menegaskan bahawa penerima rasuah ini dikategorikan sebagai orang fasiq. (Jami li Ahkam al-Quran)
Semoga Allah menyelamatkan kita dari bahana dan bencana rasuah ini.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Baca lagi: https://drsanusiazmi.com/rasuah-duit-dan-seks-dalam-kes-kartel-daging/