Populasi Korea Selatan Buat Pertama Kali Direkodkan Menurun Pada Tahun 2020
1 min read
Kerajaan Korea Selatan mengumumkan untuk pertama kali jumlah penduduk di negara republik itu menurun pada tahun 2020 kerana jumlah kematian lebih tinggi berbanding jumlah kelahiran yang baharu.
Keadaan itu juga memberikan peringatan bahawa bandar di wilayah yang miskin mungkin menghadapi krisis kepupusan.
Negara yang berada di kedudukan ke-12 ekonomi terbesar dunia terkenal dengan kadar jangka hayat terpanjang dengan kadar kelahiran yang rendah. Gabungan kedua-dua keadaan itu, biasanya akan membawa bencana demografi.
Kementerian Dalam Negeri Korea Selatan menyatakan jumlah rakyat negara itu adalah seramai 51,829,023 sehingga 31 Disember 2020 yang lepas, turun sebanyak 20,838 berbanding tahun 2019.
Kelahiran tahunan menurun selama beberapa tahun, manakala angka kematian julung kali melepasi 275,815 kepada 307,764.
“Di wilayah dengan infrastruktur ekonomi, perubatan dan pendidikan buruk, krisis kepupusan bandar berkenaan semakin meningkat,” menurut data yang dikeluarkan kerajaan Korea Selatan.
Keadaan ini menuntut perubahan pada dasar kerajaan, antaranya tentang kesejahteraan dan pendidikan.
Menurut pakar, terdapat banyak sebab untuk fenomena itu, termasuk perbelanjaan membesarkan anak dan peningkatan harga hartanah, ditambah dengan masyarakat sangat kompetitif menjadikan pekerjaan dengan gaji sukar dijamin.
Beban berganda bagi ibu bekerja dalam menjalankan tugas rumah tangga dan menjaga anak serta mengekalkan kerjaya adalah antara faktor utama.
Korea Selatan sudah membelanjakan lebih 180 trilion won (RM665.87 trilion) sejak 2006 bagi meningkatkan kadar kelahiran tetapi populasi dijangka turun kepada 39 juta pada tahun 2067. – Sepatah Dua