KP Kesihatan Bimbang Situasi COVID-19 Sekarang!
1 min read
Medics assist a sick crew member (L) from one of two boats which requested assistance, as they arrive at the US Coast Guard Base in Miami, on March 26, 2020 - The US Coast Guard is facilitating medical evacuations on March 26 after requests were made by Costa Magica and Costa Favolosa for life-critical care ashore for multiple crew members presenting with respiratory symptoms consistent with pneumonia and bronchitis. (Photo by CHANDAN KHANNA / AFP)
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melahirkan kebimbangan susulan peningkatan mendadak kes kematian baharu Covid-19 dalam negara.
Beliau berkata, dalam hanya tempoh sembilan hari, Malaysia sudah mencatatkan 71 kes kematian akibat virus itu.
“Untuk sembilan bulan pertama pada tahun 2020, jumlah kes kematian adalah kurang daripada 100 kes.
“Pada tahun ini, dalam tempoh sembilan hari kita sudah mencatatkan sebanyak 71 kes kematian Covid-19.
“Kita amat bimbang dengan perkembangan ini dan semoga ALLAH SWT lindungi kita semua,” katanya menerusi Twitternya pada Ahad.
Malah, kata Dr Noor Hisham lagi, bukan mudah bagi petugas untuk menguruskan jenazah Covid-19.
“Mereka terpaksa memakai PPE lengkap dengan bermandi peluh dalam panas terik sehingga liang lahad dan tamat pengebumian,” ujarnya.
1 thought on “KP Kesihatan Bimbang Situasi COVID-19 Sekarang!”