Bantu Industri Pelancongan Tempatan, Mari Tempah Slot Malaysia Virtual Experience Mengisi Masa PKP Anda
3 min read
Program Malaysia Virtual Experience (MyVXp) nampaknya benar-benar relevan dan amat diperlukan untuk membantu penggiat industri pelancongan khususnya mencari rezeki.
Ia selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan dikuatkuasakan sekali lagi bermula Rabu ini melibatkan enam buah negeri bagi menghalang penularan wabak COVID-19 yang kembali meningkat secara mendadak.
Pelaksanaan perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi dalam satu perutusan khas yang disiarkan secara langsung pada pukul 6 petang tadi.
Di samping kita jaga kita untuk saling mementingkan kesihatan, kita juga perlu jaga kita untuk sama-sama membangunkan ekonomi semua warga Malaysia yang terjejas akibat penularan wabak pandemik COVID-19 ini
MyVXp ialah satu program yang dicetuskan oleh platform Tourism Productivity Nexus (TPN) yang disokong oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) iaitu satu sesi persembahan secara atas talian menggunakan persembahan video produk-produk pelancongan menarik di Malaysia.
Pelbagai jenis tarikan pelancongan di negara ini boleh dijadikan produk sebagai elemen persembahan melalui program ini. Bagi orang ramai yang duduk di rumah kerana PKP, boleh ambil masa dan ikuti pengalaman unik ini hanya dari rumah sahaja.
BACA JUGA : MyVXp : Gaya Baru Pengalaman Digital Pelancongan Malaysia Dilancarkan
Antara pengalaman pelancongan yang sudah menjadi sajian persembahan maya MyVXp ialah tarikan unik di Min House Camp di Kubang Kerian, Kelantan, persembahan kumpulan Abang Anaz & Friends yang membuat persembahan muzik berlatar belakang kawasan pelancongan di Sabah dan juga persembahan melakukan paragliding di Kuala Kubu Bharu secara langsung.
Memandangkan, PKP akan bermula nanti, bulan Januari ada persembahan menarik yang boleh anda ikuti dan rasai pengalaman uniknya.

Pada 23 Januari nanti, ada persembahan MyVXp bertajuk “How Farmers Pick Their Produce With Eric Chong” menceritakan bagaimana peladang memilih buah-buahan yang sesuai untuk dipetik.
Berada di ladang buah-buahan dan memetiknya adalah satu pengalaman pelancongan yang amat menarik. Bintang Malaysia Virtual Experience, Eric akan mempersembahkan kepada anda bagaimana seorang peladang mengenal pasti buah-buahan mana yang boleh diambil.
Harga tiket untuk persembahan berkenaan hanya RM35 sahaja untuk satu skrin. Anda tempah slot anda dan nikmati persembahan Eric bersama keluarga di rumah secara online.
KLIK SINI!! PAUTAN UNTUK MENEMPAH SLOT “HOW FARMERS PICK THEIR PRODUCE WITH ERIC CHONG”
Pada 22 Januari pula, hayatilah persembahan secara online tentang madu Kelulut. Dengan persembahan bertajuk “What Is Tragona?” bintang MyVXp dari BSB Agro Village akan menceritakan secara maya tentang penghasilan madu berkenaan dari Trigona iaitu Lebah Kelulut.

BSB Agro Village menghasilkan kira-kira 150kg madu berkenaan. Pemilik BSB Agro Village, Fadhzli Wahab akan menceritakan sendiri tentang sejarah ladang Kelulut mereka yang mana ia bermula pada tahun 2012.
KLIK SINI!! PAUTAN UNTUK MENEMPAH SLOT “WHAT IS TRIGONA?” PENTERNAKAN MADU KELULUT
Pada 22 Januari, persembahan ini akan berlangsung pada pukul 3 petang dan satu slot berharga RM30.



Ini adalah sebahagian daripada banyak lagi produk persembahan MyVXp yang telah dijadualkan untuk tahun 2021 untuk dipersembahkan kepada anda menghiasi tempoh semasa PKP dilaksanakan nanti yang telah diumumkan selama dua minggu.
Jika anda tidak dapat melancong kerana pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan, bantulah penggiat industri pelancongan tempatan dengan menempah slot dalam sesi persembahan MyVXp ini. Ia menjanjikan satu pengalaman yang berharga kepada anda sekeluarga.
Pihak TPN sudah pasti akan mempelbagaikan lagi produk unik ini untuk memberi peluang kepada pemain industri pelancongan terus mencari rezeki ekoran jumlah kehadiran pelancong yang kurang ekoran PKP yang dilaksanakan.
Di samping kita jaga kita untuk saling mementingkan kesihatan, kita juga perlu jaga kita untuk sama-sama membangunkan ekonomi semua warga Malaysia yang terjejas akibat penularan wabak pandemik COVID-19 ini. – Sepatah Dua