Tinggal Cameron Highlands Sahaja Kekal Zon Hijau Di Semenanjung

Hanya Cameron Highlands masih berada dalam kategori zon hijau di Semenanjung Malaysia apabila tiada kes positif Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari semalam.

Daerah Betong, Mukah, Serian, Lundu, Lawas, Pakan, Tatau, Baram, Bau, Belaga, Daro, Matu, Song, Saratok di Sarawak juga kekal zon hijau shingga tengah hari semalam.

Berdasarkan infografik pergerakan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), seluruh daerah di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Selangor, Melaka dan Pulau Pinang berada dalam zon merah sepanjang tempoh 4 Januari hingga 17 Januari.

Setakat 12 tengah hari semalam, Kuala Lumpur merekodkan 3,858 kes positif Covid-19, Putrajaya (258 kes), Labuan (179 kes), Selangor (12,339 kes), Melaka (548 kes) dan Pulau Pinang (2,134 kes).

Johor, Kelantan dan Sabah turut tersenarai dalam kategori zon merah walaupun masih terdapat beberapa daerah masih zon kuning dan zon jingga.

Sebanyak 38 daerah masih lagi dikategorikan sebagai zon kuning ketika ini, iaitu Tampin, Negeri Sembilan; Tangkak, Johor; Jerantut, Pekan, Bera, Lipis, Raub dan Rompin di Pahang; Kemaman, Marang, Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu di Terengganu serta Jeli di Kelantan; Padang Terap, Langkawi, Bandar Bahru dan Sik di Kedah; Perak Tengah, Hulu Perak, Batang Padang dan Kampar di Perak.

Selain itu Tongod dan Telupid di Sabah serta Limbang, Sarikei, Kota Samarahan, Simunjan, Sri Aman, Kapit, Meradong, Asajaya, Dalat, Selangau, Julau, Kanowit, Lubok Antu dan Beluru di Sarawak turut dikategorikan sebagai zon kuning.

Sementara itu, 14 daerah dikategori zon jingga iaitu Rembau, Jempol dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan; Maran, Pahang; Pasir Mas, Kelantan; Pendang dan Yan di Kedah; Kangar, Perlis; Manjung dan Kuala Kangsar di Perak; Nabawan, Kuala Penyu dan Beluran di Sabah serta Bintulu di Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *