Hanya 10 Pengikut Saja Boleh Berarak Pedati Di Batu Caves
1 min read
HANYA 10 orang pengikut sahaja yang dibenarkan dalam perarakan pedati di Baru Caves, Kuala Lumpur yang membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, kelulusan bagi acara tersebut sudah diperoleh daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ujar beliau, perarakan dan pematuhan itu juga akan dipantau penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
“MKN meluluskan Dewa Murugan dibawa dari kuil Jalan Bandar ke Batu Caves pada 27 Januari ini dan akan dibawa pulang ke Jalan Bandar pada 29 Januari pula.
“Syaratnya Chariot (pedati) tidak boleh berhenti di mana-mana, pengikut tidak lebih daripada 10 orang, tiada muzik dan lain-lain,” katanya.