Persembahan Malaysia Virtual Experience Kongsi Cara Masak Nasi Lemak Resipi Istana
1 min read
Kisah persembahan Malaysia Virtual Experience (MyVXp) kali agak unik dan istimewa kerana persembahan oleh seseorang yang ada ahli keluarga pernah bekerja sebagai tukang masak atau chef di dalam istana.
Itulah keistimewaan bintang MyVXp dalam artikel kali ini iaitu Syafiq Ahmad yang ada nenek yang pernah bekerja di dalam istana sekitar tahun 80-an.
Dek kerana itu, Syafiq sering pulang ke kampungnya untuk belajar pelbagai resipi menarik dari neneknya dan salah satu resipi paling istimewa dan sedap ialah Nasi Lemak.
Mungkin ada yang terfikir dalam minda “… Alaa, nasi lemak boleh dapat dekat mana-mana,” tapi tidak untuk persembahan kali ini yang akan berlangsung esok.

Pada 1 Februari pada tiga sesi iaitu pukul 8 pagi, 2 petang dan 8 malam, Syafiq akan mempersembahkan sesi MyVXp bertajuk “Nasi Lemak Baginda : Cara Membuat Nasi Lemak Resipi Istana” selama kira-kira dua jam untuk satu sesi dengan bayaran hanya RM19 sahaja.
Ini bukan biasa-biasa. Nasi Lemak kali ini ialah nasi yang khas untuk sajian Sultan di dalam istana.
Syafiq yang sudah belajar resipi ini pula, diubah untuk menjadi lebih baik dengan menggunakan bahan-bahan organik.
DAPATKAN SLOT ANDA DI SINI
Beliau menggantikan gula putih biasa kepada gula melaka, menggunakan garam semulajadi dan juga ada bahan rahsia yang membuatkan resipi Syafiq amat istimewa.
Jika anda mengikuti persembahan MyVXp esok, anda akan mendapat idea untuk menghasilkan Nasi Lemak yang lain dari yang lain dengan sentuhan kesultanan Melayu. – Sepatah Dua