June 1, 2023

‘Berhati-Hati Jika Menghina Pusat Zakat Tak Buat Kerja’

1 min read

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Azizi Khalid hari ini berkongsi pengalamannya dibantu Lembaga Zakat Selangor dalam urusan pembayaran yuran pengajian.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Azizi memaklumkan beliau ketika itu sudah tamat pengajian namun mempunyai tunggakan hutang yuran sebanyak satu semester dan telah ke pejabat UIAM untuk menjelaskan hutangnya.

Namun beliau terkejut apabila pegawai UIAM memaklumkan beliau tidak mempunyai sebarang tunggakan kerana telah diselesaikan oleh pihak Zakat Selangor.

“Lagilah saya terkejut sebab saya tak pernah mohon pun bantuan zakat. Pegawai tersebut menjelaskan lagi bahawa pusat zakat memang proaktif. Mereka keluar mencari orang-orang yang memerlukan bantuan walaupun tidak meminta,” katanya.

Menerusi perkongsian Azizi, antara golongan yang dibantu pusat zakat ialah para pelajar universiti dalam usaha untuk memastikan pembelajaran siswa tidak terjejas.

“Berhati-hatilah dalam menghina pusat zakat tak buat kerja. Tak nampak di Facebook bukan bererti mereka tidak menjalankan tugas. Banyak kebaikan yang mereka buat cuma mungkin kita yang tak cakna,” katanya.

Tambahnya, pusat zakat tidak sempurna dan masih ada ruang untuk penambahbaikan namun tetap ada jasa kepada umat dengan kebaikan lebih banyak dari kekurangan.

“Kalau kita tahu ada pihak yang memerlukan bantuan, kita bantu sampaikan ke pusat zakat.

“Para petugas pusat zakat juga manusia dan pasti ada terlepas pandang. Terlepas pandang bukan bermakna mereka dudukk pejabat goyang kaki,” katanya. – AlHijrah Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *