September 24, 2023

Persembahan MyVXp Istimewa 13 Februari 2021 Tentang Sejarah Masjid Jamek Gerbang Sejarah Kuala Lumpur

2 min read

Bagi setiap rakyat Malaysia, pasti semua mengetahui tentang Masjid Jamek yang terletak di titik pertemuan dua sungai di ibu kota Kuala Lumpur iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang.

Paling tidak, mesti ada ramai yang mengetahui akan sejarah kawasan itu yang pernah menjadi lokasi perlombongan bijih timah di Tanah Melayu pada satu masa dulu.

Ada satu slot persembahan Malaysia Virtual Experience (MyVXp) akan berkongsi kisah di sebalik sejarah dan keistimewaan Masjid Jamek yang sebenarnya boleh dilabelkan sebagai pintu masuk utama gerbang sejarah bandaraya Kuala Lumpur.

Ia akan dipersembahkan oleh bintang MyVXp iaitu Johan Manaf dalam satu persembahan bertajuk “Masjid Jamek : The Historical Gateway to Kuala Lumpur”.

Ada kata-kata yang istimewa dari Johan iaitu “….jika Malaysia dikenali sebagai sebagai lokasi yang ada variasi budaya yang banyak umpama “The Salad Bowl of Asia”, ia juga dikenali sebagai kawasan tumpuan umat Islam global kerana Malaysia dikenali sebagai negara yang mempunyai banyak masjid yang mempunyai ciri seni bina yang istimewa,”

KLIK DI SINI UNTUK ANDA MENEMPAH SLOT MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN MyVXp “MASJID JAMEK : THE HISTORICAL GATEWAY TO KUALA LUMPUR

Dengan hanya RM10 per skrin pada pukul 4 petang pada 13 Februari (Sabtu) depan selama kira-kira satu jam, Johan akan berkongsi dengan anda pengalaman menjadi saksi sejarah Masjid Jamek secara langsung atas talian.

Negara Malaysia, sebagai sebuah negara yang mempunyai orang Islam paling ramai, setiap daerah dan bandar di negara ini dipenuhi dengan masjid.

Ia digunakan sebagai lokasi umat Islam bersembahyang lima waktu termasuk solat Jumaat.

Masjid Jamek merupakan satu antara tarikan utama di negara ini yang terletak di Jalan Tun Perak bersebelahan dengan stesen LRT Masjid Jamek.

Johan merupakan sukarelawan pemandu pelancong untuk Masjid Jamek menjadi ia bintang MyVXp paling tepat untuk berkongsi pengalaman istimewa ini.

Beliau akan berkongsi permulaan hidup Masjid Jamek sebagai sebuah perkampungan pertanian kepada zaman kegemilangannya sebagai kawasan perlombongan bijih timah.

BACA JUGA – ‘Pendaki Gunung’ Dan ‘Pelancong Gunung’ : Adakah Komuniti Yang Sama Atau Sebaliknya?

Anda juga akan diceritakan tentang keistimewaan seni bina masjid berkenaan yang ada pengaruh binaan dari Arab Saudi, India dan juga China.

Anda boleh menghubungi Johan di nombor 012-227 0000 untuk mendapatkan slot anda dengan harga RM10 sahaja.

Persembahan MyVXp dibawakan khas kepada anda istimewa oleh platform Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN) dengan sokongan kuat dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *