September 27, 2023

Kejayaan Negara UAE Ke Planet Marikh Bukti Negara Arab Juga Mampu Teroka Angkasa

2 min read

 

Misi ke planet Marikh yang dilaksanakan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) membuktikan dunia Arab turut mampu melancarkan misi meneroka angkasa lepas.

Kedutaan UAE di Malaysia menyatakan misi pertama UAE ke planet ke-4 dari sistem solar yang dikenali “Hope Probe” itu adalah pelaburan masa depan dan ia dijadikan sebagai inspirasi kepada belia untuk berani meneroka.

Hope Probe membawa mesej kepada generasi akan datang bahawa tiada yang mustahil. Dengan tekad dan kemahuan, manusia dapat mengubah halangan menjadi peluang,” memetik kenyataan UAE kepada BERNAMA.

Misi ke Marikh itu adalah yang pertama dilakukan negara Arab yang membawa aspirasi kepada jutaan penduduk di 56 negara Arab dan Islam sekali gus memahat nama negara Arab di peta angkasa global.

Hope Probe menempuh perjalanan lebih 493 juta kilometer dari Bumi ke orbitnya di sekitar Marikh dan berjaya sampai ke orbit Marikh hari ini (9 Feb), menyaksikan UAE negara kelima di dunia berjaya tiba ke Planet Merah itu.

Pasukan Misi Marikh berjaya mengharungi pelbagai cabaran, termasuk pemindahannya dari Dubai ke lokasi pelancarannya di Pulau Tanegashima di Jepun semasa pandemik COVID-19.

“Misi ini banyak menyumbang kepada kemanusiaan, khususnya kepada komuniti saintifik global,” menurut kenyataan berkenaan.

BACA JUGA – Kena Kecam, Trump Keluar Hospital Hanya Untuk Lambai Penyokong

Kedutaan UAE juga menyatakan data planet Marikh yang dikumpulkan oleh penyelidikan itu akan dikongsi dengan lebih 200 pusat penyelidikan dan institusi saintifik di seluruh dunia .

Hope Probe dibangunkan selama enam tahun, separuh daripadanya tempoh misi konvensional, dan ketibaannya ke orbit Marikh pada 2021 bertepatan sempena ulang tahun ke-50 UAE.

“Misi telah menjalin 15 perkongsian global dengan universiti dan pusat penyelidikan,” menurutnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *