October 3, 2023

COVID-19 : Prebet Ujang Mormin Wira Angkatan Tentera Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

1 min read

 

Seorang bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang pernah berjuang menentang Jepun, Prebet Ujang Mormin yang berumur 100 tahun, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada pagi senmalam akibat jangkitan COVID-19.

Cicit Allahyarham, Mazlinda Zainudin berkata Allahyarham disahkan positif COVID-19 pada minggu lepas

“Apa yang kami tahu dari Kementerian Pertahanan (MINDEF), beliau meninggal dunia kerana COVID-19,” katanya menurut portal Sinar Harian.

Menurut Mazlinda, Allahyarham akan dikebumikan di Port Dickson hari ini.

Allahyarham yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan pernah berjuang dengan Allahyarham Leftenan Adnan Saidi menentang penjajah Jepun di Singapura.

Menurut laporan portal berkenaan, satu sidang media akan diadakan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain berhubung pengebumian Allahyarham.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *