June 1, 2023

Saudara Shahrul Asyraf Buka ‘Food Bank’ Di Lembah Keramat

1 min read

 

Seorang warga prihatin, Shahrul Asyraf yang menetap di Taman Lembah Keramat mengambil inisiatif untuk membantu pihak yang amat memerlukan sedikit bantuan untuk meringankan beban dengan membuka ruang ala Food Bank di hadapan rumahnya.

Melalui laman Facebook Warga Taman Keramat, beliau mengumumkan perkara itu supaya orang ramai yang memerlukan sedikit bantuan barangan keperluan boleh mengambilnya.

“Saya Shahrul Asyraf beralamat di No 47, Jalan AU 5C/12, Taman Lembah Keramat.

“Keluarga kami ada membuka khemah dan menyediakan barangan keperluan seperti beras, bihun, minyak masak, gula, garam, telur, serbuk teh, tepung gandum dan susu formula budak bagi ahli kariah/ sesiapa yang memerlukan pada hari ini,” katanya.

Tidak dinyatakan berapa lama ruang ini akan dibuka oleh Shahrul Asyraf memandangan ia dikatakan mula dibuka hari ini.

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula baru-baru ini, ramai orang semakin merasa kesan apabila beberapa sektor ekonomi ditutup sehingga mereka hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.

Ada yang dipotong gaji mereka sehingga tidak lagi mampu menampung komitmen kewangan bulanan.

Semakin ramai insan seperti Shahrul Asyraf yang menggunakan ruang peribadi mereka sebagai tempat untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik dengan cara menghulurkan sedikit bantuan seperti ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *