Tenaga Nasional Berhad Kongsi Cara Untuk Jimat Penggunaan Elektrik Ketika Cuaca Panas
2 min read
Sekarang ini, cuaca di sekeliling kita amat panas dan kalau duduk di rumah pun akan terasa bahang dan hujan pun jarang-jarang turun menjadikan cuaca panas lebih teruk.
Ekoran cuaca panas yang dikatakan akan berterusan hingga boleh depan dan ia boleh menyebabkan kadar penggunaan elektrik yang tinggi, Tenaga Nasional Berhad (TNB) ada mengeluarkan panduan bagaimana untuk menjimatkan penggunaan elektrik ketika cuaca panas.
Antara perkara mudah yang boleh diamalkan adalah mematikan penyaman udara, kipas dan lampu di dalam bilik yang kosong serta mematikan suis peralatan elektrik seperti komputer selepas selesai digunakan.
Menurut panduan itu, ketika cuaca panas terik tindakan menutup tingkap dengan langsir tebal boleh menghalang haba masuk dan bebankan pendingin hawa, semakin kurang beban pada penyaman udara untuk menyejukkan bilik, semakin rendah penggunaan elektrik.
BACA JUGA – Penjara Mandatori Kepada Pesalah Alam Sekitar
Selain itu, menghidupkan kipas pada waktu malam membantu penggerakan udara di dalam bilik selepas beberapa jam penyaman udara dihidupkan, suhu bilik akan berada dalam keadaan selesa dan menetapkan masa untuk mematikan penyaman udara juga boleh menjimatkan penggunaan elektrik.
TNB dalam turut menekankan, cuaca yang panas ini boleh dimanfaatkan dengan menjemur pakaian daripada menggunakan mesin pengering pakaian dan elakkan suis alat pemanas air terbuka tanpa digunakan.
Pengguna digalak memilih alat elektrik berlabel cekap tenaga 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk membantu menjimatkan penggunaan elektrik di kediaman.
Meter Pintar berupaya memantau penggunaan elektrik secara langsung, oleh itu, pengguna boleh mengendalikan tenaga dengan lebih efisien kerana meter ini boleh menghantar maklumat penggunaan tenaga kepada pengguna.
Maklumat lanjut mengenai langkah penjimatan elektrik dengan bijak boleh didapati di SINI.