September 24, 2023

Bom Lama Yang Dijumpai Sudah Dimusnahkan Pihak Polis

1 min read

 

Polis memusnahkan sebutir bom lama jenis mortar tinggalan zaman Perang Dunia Kedua yang dijumpai di kawasan kebun getah Lubuk Lawang, di Jempol, Negeri Sembilan semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Hoo Chang Hook berkata bom itu ditemukan seorang lelaki Orang Asli berusia 40 tahun ketika membersihkan kebun getah tersebut pada kira-kira 7.15 pagi.

“Lelaki dikenali sebagai Nizam itu telah memaklumkan kepada Ketua Kampung John Baharyn Ayom, 53, mengenai penemuan sebuah objek menyerupai bom di kawasan berkenaan.

“John Baharyn kemudian membuat laporan polis, seterusnya sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian untuk siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata siasatan mendapati objek itu adalah bom lama jenis mortar tanpa sebarang penandaan berukuran 60 milimeter dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua.

Katanya bom itu dimusnahkan di kawasan kebun getah tersebut pada kira-kira 1.30 tengah hari semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *