Nikmati Persembahan MyVXp Tey Chin Lea, Anda Takkan Terlepas Pandang Lagi Tempat Menarik Di KL
2 min read
Semasa melancong ke mana-mana, sudah pasti ada masa tertentu kita akan sibuk memberikan perhatian ke tempat lain dan ada tempat yang lebih menarik yang kita akan terlepas pandang. Ada satu sesi persembahan Malaysia Virtual Experience (MyVXp) yang akan berkongsi tempat-tempat menarik ini yang anda terlepas pandang.
Persembahan MyVXp bertajuk “Often Overlooked Spots in Kuala Lumpur” akan dipersembahkan oleh seorang Pemandu Pelancong Berlesen, Tey Chin Lea berkongsi lokasi-lokasi yang mungkin anda terlepas pandang yang ada di sekitar ibu negara Kuala Lumpur.
Dengan hanya bayaran RM15, anda boleh mengikuti persembahan MyVXp Tey yang dibawakan khas untuk anda oleh platform Tourism Productivity Nexus (TPN) dengan sokongan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
Menurut beliau, dalam persembahan mayanya nanti pada 20 Mac, ketika berkongsi keunikan tentang Istana Satu di Muzium Negara, beliau juga akan berkongsi tentang keistimewaan rumah-rumah dengan ciri binaan tradisional lain yang ada di Kuala Lumpur.
Apabila beliau berkongsi tentang lukisan mural di Muzium Negara, Tey akan berkongsi tentang beberapa buah muzium lagi iaitu Muzium Kesenian Islam dan Muzium Tekstil yang ada di ibu kota yang mungkin anda terlepas pandang.

Semasa bercerita panjang nanti tentang sejarah Stesen Keretapi Kuala Lumpur, beliau akan turut berkongsi tentang Stesen Keretapi yang amat bersejarah di bandaraya Ipoh, Perak.
Semasa Tey berkongsi tentang Masjid Negara, beliau akan berkongsi banyak lagi rumah ibadat kepelbagaian budaya di Malaysia termasuk Gua Batu Caves yang terletak di Gombak.
Secara ringkasnya, beliau akan turut berkongsi tentang kawasan tumpuan yang kebanyakan pelancong atau orang ramai terlepas pandang tetapi lokasi berkenaan juga tidak kurang hebat tumpuannya. Tey juga akan berkongsi beberapa pakej jelajahnya ke beberapa lokasi menarik dalam negara.
Apa yang membezakan persembahan Tey ialah beliau gaya profesional, maklumat serta gaya bercerita yang istimewa sesuai dengan kepakaran beliau sebagai Pemandu Pelancong.
Beliau juga berjanji akan memberi komitmen menjawab pertanyaan dan berkomunikasi dengan penonton beliau secara interaktif melalui penggunaan video dan slaid. Tey pernah juga membawa pelancong meneroka negara ini ke lokasi-lokasi lain seperti di Santuari Gajah Kuala Gandah, Genting Highlands, Cameron Highlands, Melaka, Perak, Johor dan Kedah.
Pada padangan Tey, program MyVXp adalah satu inisiatif yang hebat. Kejayaannya bergantung kepada promosi yang berterusan dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Semasa program, hos boleh menarik perhatian pelancong dengan pemberian hadiah seperti baucer makanan, minuman dan hotel untuk datang dan melawat negara ini.
Pasti berbaloi jika lain kali datang ke Kuala Lumpur anda takkan terlepas pandang lagi tempat-tempat menarik di ibu kota. – Sepatah Dua