May 30, 2023

Manusia, Persekitaran Dan Peralatan

2 min read

Oleh Mohamad Khairi Alwi

Apabila kita membicarakan tentang pengurusan risiko dalam aktiviti lasak atau pelancongan kembaraan (adventure tourism), mengapa kita sering merujuk kepada MANUSIA, PERSEKITARAN dan PERALATAN?

Ketiga-tiga faktor tersebut sebenarnya berkait rapat dengan tiga kategori utama punca terjadinya kemalangan. Faktor-faktor tersebut sememangnya sudah lama wujud dalam diskusi berkaitan pengurusan risiko namun menjadi popular setelah ianya digabungkan menjadi satu model khusus.

Model ini telah diperkenalkan oleh Cathye Haddock menerusi hasil penulisan beliau yang bertajuk “Managing Risks in Outdoor Activities” (diterbitkan pada 1993 oleh New Zealand Mountain Safety Council).

Model beliau ini sebenarnya adalah suatu penambahbaikan kepada model-model terdahulu dari konteks mengenalpasti punca risiko atau faktor-faktor yang mendorong kemungkinan berlakunya sesuatu kemalangan dalam pelaksanaan aktiviti lasak.

Dari perspektif akademik, hakikatnya terdapat pelbagai model pengurusan risiko lain namun dari sudut khusus untuk mengenalpasti punca risiko, model ini adalah dianggap paling mudah untuk difahami. Ini disebabkan oleh bentuk dan olahannya yang bersifat “straight-forward” dan tidak terlalu kompleks untuk difahami.

Malah, bagi sesiapa yang sememangnya mempunyai pengalaman terlibat dalam aktiviti-aktiviti lasak, dengan mudahnya boleh membayangkan/menjangkakan situasi-situasi yang boleh mendatangkan risiko berdasarkan pecahan tiga kategori tersebut.

TAJUK MENARIK – 2,000 Kakitangan Malindo Air Diberhentikan Kerja

Jadi, adaptasi model ini dalam apa jua bentuk kegiatan atau inisiatif-inisiatif industri berkaitan aktiviti lasak ataupun pelancongan kembaraan (adventure tourism) ialah; seseorang perancang, penganjur atau pengendali sesuatu aktiviti tersebut perlu mempunyai kebolehan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang boleh mendorong kepada kemungkinan berlakunya sesuatu yang tidak diingini berdasarkan ketiga-tiga kategori tersebut.

Dengan kata lain, berkemahiran untuk menjangkakan risiko yang disebabkan oleh manusia, persekitaran mahupun peralatan serta berupaya untuk mengenalpasti perkaitan/hubungkait di antara ketiga-tiga kategori tersebut sebelum melaksanakan sebarang bentuk aktiviti.

Situasi sebegini selanjutnya akan memudahkan kita bagi menentukan tahap keparahan (severity) dan kekerapan (frequency) berlakunya sesuatu insiden berdasarkan setiap kategori.

Selain itu, kita juga dapat mengetahui dengan jelas kategori mana yang berkemungkinan menjadi penyebab utama sesuatu kemalangan. Maka, dari situ bolehlah kita merencanakan tindakan-tindakan susulan yang bersesuaian samaada dalam bentuk pencegahan, pemindahan risiko (risk transfer), implementasi tindakan-tindakan keselamatan bersesuaian secara mandatori dan sebagainya.

Aplikasi model ini juga boleh dilihat secara jelas dalam penghasilan dokumen “Risk Analysis & Management System (RAMS)”.

Pengenalpastian punca-punca risiko menerusi pecahan kategori MANUSIA, PERSEKITARAN dan PERALATAN ini digunakan/diaplikasikan sebagai salah satu KOMPONEN UTAMA dalam RAMS – iaitu di bahagian “CAUSAL FACTORS” serta di bahagian ‘NORMAL OPERATION’ di dalam ruangan ‘RISK MANAGEMENT STRATEGIES’. – Sepatah Dua

Penulis adalah Pensyarah Pengurusan Rekreasi dan Pelancongan STHEM, Universiti Utara Malaysia, Head of Initiative Working Group of Adventure Tourism Frontier (IWGTAF), Tourism Productivity Nexus dan Pengerusi Biro Adventure Majlis Pelancongan Malaysia (MTC).

1 thought on “Manusia, Persekitaran Dan Peralatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *