September 26, 2023

Sekolah Menengah Di Tokyo Minta Pelajar Serahkan Sijil Pengesahan Warna Rambut Asli

1 min read

 

Beberapa buah sekolah menengah di Tokyo, Jepun mahu pelajar mereka yang mempunyai rambut keriting atau tidak berwarna hitam menyerahkan sijil khas yang mengesahkan rambut mereka berwarna asli dan tidak diubah secara sengaja.

Menurut laporan agensi berita di Jepun NHK, sebanyak 79 daripada 177 buah sekolah menengah yang dikendalikan kerajaan meminta sijil itu ditandatangani oleh ibu bapa.

Di Jepun, mereka mengenakan peraturan ketat tentang warna rambut, aksesori, solekan dan pakaian seragam termasuk panjang skirt pelajar perempuan.

Bagaimanapun, Lembaga Pendidikan Tokyo memberitahu NHK, sijil rambut itu tidak wajib.

Tetapi, NHK melaporkan hanya lima daripada 79 sekolah yang menjelaskan secara bertulis pelajar tidak perlu menghantar sijil itu. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *