June 1, 2023

Persembahan Malaysia Virtual Experience Epik Cabaran Pendakian Via Ferrata Gunung Kinabalu

2 min read

 

Pendakian gunung selalunya mengujakan apabila dapat menyaksikan keindahan alam dari atas puncak gunung disamping kepuasan mengeluarkan kudrat untuk mendaki. Ia bagai mencapai satu kejayaan yang amat besar apabila dapat menawan sesuatu puncak gunung berkenaan.

Bersama dengan Andrian Mohd Yusof dalam persembahan Malaysia Virtual Experience (MyVXp), anda akan menikmati secara maya perjalanan epik mendaki Gunung Kinabalu di Sabah. Landskap muka bumi di kawasan gunung berkenaan penuh variasi keindahan akibat dari pembentukan geologi.

Apakah itu Via Ferrata seperti dalam tajuk persembahan beliau? Ia adalah dalam bahasa Itali yang bermaksud laluan besi. Secara mudahnya, ia adalah laluan pendakian gunung yang dibuat daripada besi, anak tangga besi, rel besi dan kabel besi dan ia dipasang pada permukaan batu dan ada yang dipasang curam

Di dunia ada lebih 300 laluan Via Ferrata dan di Sabah ialah Via Ferrata tertinggi di dunia yang mana ia bermula pada ketinggian 3,400 meter dan berakhir pada ketinggian 3,800 meter dari paras laut

Persembahan ini yang akan dibawa oleh Andrian bertajuk Via Ferrata Mount Kinabalu, Kundasang. Satu persembahan yang epik dan amat dinanti-nantikan.

Hos Malaysia Virtual Experience, Andrian Mohd Yusof ketika mendaki Gunung Kinabalu di Sabah.

Anda dibawa menjelajah kawasan ini yang juga terletak dalam kawasan Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Bagi beliau, apa yang membuatkan persembahannya berbeza ialah orang ramai yang mengikutinya akan merasai sisi pengembaraan yang berbeza ketika mendaki Gunung Kinabalu dengan pemandangan yang unik serta tarikan yang belum pernah dilihat sebelumnya.

Andrian juga akan berkongsi petua dan tips menarik jika melancong di Sabah.

Beliau berkata mesej yang hendak disampaikan olehnya dalam persembahan ialah, jika memberikan tumpuan kepada apa yang anda kehendaki anda akan pasti mencapainya.

TAJUK MENARIK : KSN Ajak Penjawat Awam Cucuk Vaksin COVID-19

“Khususnya dalam kalangan hikers hari ini. Ramai yang pernah diberitahu mereka boleh ‘menjadi sebarang apa yang anda ingini’ dan ‘mencapai sebarang apa jua selagi anda menumpukan minda anda pada perkara tersebut,” katanya.

Persembahan sesi MyVXp Andrian akan berlangsung pada 13 Mac 2021 (Sabtu), pukul 8 malam.

Harga tiketnya RM30 sahaja. Ikutilah persembahan beliau untuk satu persembahan yang mengujakan.

PAUTAN TEMPAHAN TIKET : SESI VIA FERRATA MOUNT KINABALU, ANDRIAN MOHD YUSOF

Bercakap tentang MyVXp, Andrian berkata ia adalah satu projek perintis yang mengubah produk pelancongan fizikal ke pengalaman maya dalam talian dibawa khusus oleh Tourism Productivity Nexus (TPN) kepada dengan sokongan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

“Justeru, MyVXp juga beri peluang yang besar kepada sektor pelancongan di Malaysia.

Menurut beliau lagi, MyVXp adalah medium yang sangat penting untuk sektor yang terjejas akibat COVID-19. – Sepatah Dua 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *