June 1, 2023

Lelaki Beli Mangkuk Porselin Dinasti Ming Bernilai RM1.2 Juta Hanya Di Jualan Garaj

2 min read

 

Selain daripada bekerja dalam tempoh yang lamaAmeridan berusaha bersungguh-sungguh berniaga, cara lain untuk jadi kaya ialah dengan terjumpa rezeki terpijak.

Seorang lelaki di Connecticut, Amerika Syarikat mungkin menerima takdir seperti apabila satu mangkuk diperbuat dari porselin yang dibeli dari satu jualan garaj, sebenarnya lebih berharga dan amat bernilai.

Mangkuk yang dibelinya pada harga USD 35 (RM141) itu sebenarnya dianggarkan bernilai antara USD300,000 (RM1.21 juta) hingga USD500,000 (RM2.02 juta) kerana digunakan pada awal zaman Dinasti Ming di China.

Agensi berita New York Daily News melaporkan, ia akan dilelong di syarikat lelongan Sotheby, tidak lama lagi.

Mangkuk kecil berwarna putih yang mempunyai beberapa corak bunga itu ditemui oleh seorang peminat barang antik.

BACA JUGA : The Curve Akan Dibangunkan Semula – Boustead

Menurut Sotheby, lelaki terbabit hanya mengikut gerak hati untuk membelinya pada jualan itu yang sebenarnya adalah barang berharga.

Ia adalah salah satu daripada tujuh mangkuk bernilai yang masih wujud sehingga kini dan akan dilelong di New York akhir bulan ini sebagai sebahagian lelongan hasil seni dari Cina.

Pakar seramik dan seni China Sotheby, Angela McAteer berkata mereka menerima banyak permintaan luar yang ingin menilai barangan berharga mereka namun mangkuk itu adalah barang antik yang jarang ditemui.

“Ternyata kami melihat barang antik yang sangat istimewa. Cara lukisan, bentuk mangkuk malah warna biru itu sudah cukup menggambarkan pada zaman awal abad ke-15 itu. Jika tiruan, ia langsung tiada cacat cela.

“Semua ciri-ciri yang ada menunjukkan mangkuk ini adalah dari awal zaman Dinasti Ming,” katanya.

Menurutnya, mangkuk itu dihasilkan pada awal 1400 ketika pemerintahan maharaja Yongle, iaitu pemerintah ketiga Dinasti Ming dan ia digunakan di istananya.

Istana maharaja itu sebenarnya terkenal kerana mempopularkan rekaan baru porselin di bandar Jingdezhen.

Syarikat lelongan itu menjelaskan, mangkuk lain pada zaman Yongle kini berada di muzium di London, Taipei dan Tehran.

Sehingga kini, tiada siapa yang tahu bagaimana barang antik bernilai itu boleh ditemui di jualan garaj.

“Saya sentiasa kagum memikirkan bagaimana ia berlaku dan barang antik boleh ditemui. Sebagai pakar, kami teruja melihat sesuatu yang kita tidak tahu masih wujud dan tiba-tiba saja ditemui,” katanya.Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *