May 15, 2021

SepatahDua.My

PORTAL Santai, Santap dan Semasa

0.11 Peratus Penerima Vaskin Adalah Anggota Pentadbiran Kerajaan, Wakil Rakyat

1 min read

 

Hanya 302 atau 0.11 peratus daripada keseluruhan 292,104 penerima vaksin Covid-19 adalah dalam kalangan anggota pentadbiran dan wakil-wakil rakyat setakat kelmarin.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, jumlah penerima terbesar ialah golongan jururawat yang meliputi 23.86 peratus manakala kalangan doktor (22.23 peratus).

Menurutnya, mereka dalam kumpulan kesihatan lain seperti pembantu perubatan, juru x-ray, pemandu ambulans dan lain-lain pula sebanyak 23.4 peratus.

Beliau memberitahu, seramai 21.3 peratus adalah dalam kalangan pasukan keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Kastam dan lain-lain.

“Sebanyak 5.62 peratus lagi kumpulan doktor gigi dan 3.45 peratus kumpulan farmasi,” katanya dalam sidang akhbar bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba mengenai perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di sini hari ini.

Menurut beliau, jumlah terkini seramai 301,699 individu dalam kalangan petugas barisan hadapan sudah menerima dos pertama vaksin.

Katanya, Selangor merekodkan pemberian vaksin tertinggi dengan 36,163 individu diikuti Perak (33,036); Sarawak (31,527) dan Kuala Lumpur (28,244).

Katanya, jumlah di Sabah pula ialah 26,446 individu; Pahang (25,325); Johor (22,965); Kedah (18,539); Pulau Pinang (16,758); Kelantan (15,411); Terengganu (14,137) dan Negeri Sembilan (12,209).

“Sementara itu, di Melaka seramai 7,963 individu menerima vaksin, Perlis (6,807); Putrajaya (3,827) dan Labuan (2,342),” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *