Seramai 301,699 Orang Sudah Divaksin Sehingga Semalam
1 min read
Sehingga semalam, ada seramai 301,699 orang sudah pun menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 mereka dalam kumpulan fasa pertama.
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, Selangor merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 36,163 individu, diikuti Perak (33,036), Sarawak (31,527) dan Kuala Lumpur (28,244).
“Di Sabah seramai 26,446 individu, Pahang (25,325), Johor (22,965), Kedah (18,539), Pulau Pinang (16,758), Kelantan (15,411) dan Terengganu (14,137).
Terkini : Jumlah pemberian dos pertama vaksin (mengikut negeri) setakat 14 Mac 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/agGQdDzbl5
— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) March 15, 2021
“Di Negeri Sembilan pula seramai 12,209 individu, Melaka (7,963), Perlis (6,807), Putrajaya (3,827) dan Labuan (2,342),” katanya menerusi infografik yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya hari ini.
Program imunisasi dilancarkan pada 24 Feb lepas, menyasarkan untuk memberi imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing. – Sepatah Dua