December 9, 2023

GPPA19 : ANBOT Utamakan Pelanggan Dengan Bina Sistem Penilaian Risiko COVID-19 Sendiri

4 min read

Jika berlaku penularan sesuatu wabak penyakit yang berbahaya sehingga menyebabkan kematian di sebahagian besar sesebuah negara dan selepas itu merebak ke negara lain, ia akan digelar sebagai pandemik. Penyakit seperti ini amat berbahayaย  dan berjangkit dengan mudah.

Perancangan awal serta pelaksanaan tindakan yang teliti mengikut langkah tertentu boleh menghentikan penularan serta memutuskan rantaian jangkitan penyakit berkenaan. Di sinilah wujudnya prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diamalkan dan dipatuhi supaya sistem ekonomi dan kehidupan boleh berjalan secara normal.

Pada 14 Julai tahun lepas, platform Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN) di bawah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah mewujudkan Garis Panduan Patuh dan Amal COVID-19 (GPPAC19) sebagai rujukan pemain industri pelancongan tempatan supaya kegiatan ekonomi mereka dapat terus berjalan dalam suasana normal baharu.

Pensijilan GPPAC juga akan menjadikan syarikat operator supaya lebih berdisiplin kerana dalam garis panduan berkenaan ada beberapa perkara yang perlu diikuti satu persatu serta ada sistem yang perlu diwujudkan supaya ia dapat dilaksanakan dengan sempurna serta mampu mencegah penularan COVID-19 ketika aktiviti pelancongan dijalankan

Ia telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah MPC, Dato’ Abdul Latif Abu Seman

Sebanyak 88 buah syarikat telah diberikan pensijilan GPPAC19 selepas melalui proses penilaian dan perakuan kendiri mengikut kriteria yang diperlukan untuk diberikan sijil berkenaan. Antara elemen utama dalam penilaian ke atas syarikat ialah keperluan wujudnya satu mekanisme penilaian risiko.

๐€๐๐๐Ž๐“ ๐๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐ค๐š๐ง ๐’๐ž๐ง๐๐ข๐ซ๐ข ๐Œ๐ž๐ค๐š๐ง๐ข๐ฌ๐ฆ๐ž ๐๐ž๐ง๐ข๐ฅ๐š๐ข๐š๐ง ๐‘๐ข๐ฌ๐ข๐ค๐จ

Satu daripada 88 buah syarikat berkenaan yang menerima sijil berkenaan telah membangunkan sendiri mekanisme itu dengan terperinci iaitu syarikat A New Breed Of Traveler (ANBOT).

ANBOT menawarkan khidmat menyediakan perkhidmatan pelancongan aktiviti luar seperti hiking, trekking, kayuhan basikal serta aktiviti sukan air seperti kayak dan rafting kepada pelanggan mereka.

Apa yang unik mengenai perkhidmatan ANBOT ialah mereka tidak menyediakan perkhidmatan mengikut jumlah minimum pelanggan sebaliknya, jika pelanggan hendak melakukan aktiviti mungkin hanya berdua mereka akan sediakan.

Mohd Hanis (duduk, dua dari kanan) ketika bersama pelanggan syarikatnya ANBOT dalam satu aktiviti hiking di Thailand sebelum wabak COVID-19 melanda dunia.

Pengasas ANBOT, Mohd Hanis Bakeri berkata mereka mengutamakan privasi pelanggan yang mungkin tidak mahu melakukan aktiviti berkenaan dalam kumpulan yang terlalu ramai.

“Ada pelanggan kami yang mungkin masih baru dalam hiking atau pendakian dan mereka biasanya akan keletihan dan agak lambat melengkapkan trek yang disediakan jadi mereka mahu privasi ketika melakukan aktiviti.

“Jadi jika ada dua orang atau tiga orang sahaja yang ingin melakukan aktiviti yang ANBOT sediakan, kami akan sediakan untuk mereka,” katanya.

Dalam menguruskan perkhidmatan pelancongan mereka, ANBOT berjaya menghasilkan satu mekanisme penilaian risiko khas COVID-19 iaitu ANBOT COVID-19 Risk Assessment and Planning Tool.

Sistem penilaian risiko COVID-19 yang dihasilkan sendiri oleh ANBOT mematuhi SOP normal baharu bagi mencegah penularan wabak COVID-19.

Menurut Mohd Hanis, mekanisme penilaian mereka mengutamakan perancangan terperinci melibatkan penilaian lokasi dan aktiviti yang dirancangkan bermula dari sebelum aktiviti, semasa aktiviti dan selepas aktiviti dilakukan bagi memastikan aktiviti berjalan lancar.

“Sebelum aktiviti dijalankan, dengan menggunakan mekanisme ini kami akan melihat dahulu keadaan lokasi aktiviti berkenaan tentang keadaan jangkitan COVID-19 di sana adakah ia zon merah, kuning atau hijau.

“Adakah ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan serta apakah larangan serta SOP yang ada untuk aktiviti pelancongan diadakan di situ,” katanya.

๐Œ๐ž๐ค๐š๐ง๐ข๐ฌ๐ฆ๐ž ๐๐ž๐ง๐ข๐ฅ๐š๐ข๐š๐ง ๐‘๐ข๐ฌ๐ข๐ค๐จ ๐๐ž๐ซ๐ข ๐Œ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ ๐‹๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฉ ๐๐š๐๐š ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐œ๐จ๐ง๐  ๐Š๐ž๐š๐๐š๐š๐ง ๐‚๐Ž๐•๐ˆ๐ƒ-๐Ÿ๐Ÿ—

Beliau berkata mekanisme berkenaan diwujudkan untuk pelancong dari luar negara yang tidak ada apa-apa maklumat tentang keadaan jangkitan COVID-19 di negara ini tetapi mereka ingin melakukan aktiviti di sini.

Mohd Hanis berkata, ia akan digunakan jika sempadan negara dibuka semula dan Malaysia kembali menerima pelancong asing nanti.

JOM BACAย  : Mesej Whatsapp Terakhir Buat Rakan-Rakan

Selain itu, katanya, satu sesi penerangan secara maya akan diberikan kepada pelanggan mereka beberapa hari sebelum aktiviti dijalankan untuk penerangan tentang laluan serta SOP yang akan dilaksanakan ketika aktiviti dijalankan.

“Kita menjimatkan masa jika melakukan sesi penerangan ini secara atas talian berbanding jika ia diadakan di lokasi sebelum aktiviti malahan pelanggan kami akan lebih faham serta mereka boleh bertanyakan soalan kepada kami jika ada perkara yang mereka tidak faham,” katanya.

Kit COVID-19 yang diberikan kepada pelanggan ANBOT bertujuan mematuhi SOP COVID-19. Penjarakan fizikal sejauh 1 meter turut diamalkan ketika aktiviti pelancongan sedang dijalankan.

Kemudian, ketika hari aktiviti, semua peserta akan diberikan satu kit COVID-19 yang mengandungi cecair pembasmi kuman, pelitup muka untuk kegunaan mereka sepanjang aktiviti dilakukan, katanya.

Mohd Hanis menyatakan sepanjang aktiviti ANBOT juga akan menjalankan penilaian kesihatan seperti pengambilan suhu badan serta mengamalkan penjarakan fizikal bagi mengelakkan tercetusnya jangkitan COVID-19 ketika aktiviti dilakukan.

๐€๐ฉ๐ฅ๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Œ๐ฒ ๐’๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š๐ฉ ๐€๐ค๐ญ๐ข๐ฏ๐ข๐ญ๐ข ๐๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ ๐š๐ง

“Kita juga menyediakan aplikasi My Sejahtera untuk setiap aktiviti perkhidmatan pelancongan yang kita sediakan.

“Ini bagi memastikan langkah pengesanan kontak dapat dilakukan dengan berkesan jika ada peserta yang dikesan positif COVID-19,” katanya.

Selepas menerima pensijilan GPPAC19 tahun lepas, Mohd Hanis berkata ANBOT sempat mengadakan beberapa aktiviti pelancongan bersama pelanggan mereka sebelum PKP kali kedua dilaksanakan pada 13 Januari lepas.

Memberikan pandangan beliau tentang pensijilan GPPAC19, beliau berkata ia adalah satu inisiatif yang bagus dan tepat kerana ia akan memberikan kesedaran kepada pengendali khidmat pelancongan.

Sijil Garis Panduan Patuh dan Amal COVID-19 (GPPAC19) yang diberikan kepada ANBOT oleh Tourism Productivity Nexus (TPN) di bawah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

“Pada pandangan saya, langkah ini bagus kerana ia akan mewujudkan satu kesedaran terutama sekali pada operator supaya menjadi lebih berhati-hati.

“Sebelum ini kita sudah terbiasa, lebih-lebih lagi untuk syarikat operator yang lama sudah terbiasa dengan aktiviti pelancongan gaya lama, tetapi dengan normal baharu dan pensijilan GPPAC19 mereka akan lebih bersedia serta mampu menjalankan aktiviti pelancongan dengan normal baharu,” katanya.

Menurut beliau, pensijilan GPPAC juga akan menjadikan syarikat operator supaya lebih berdisiplin kerana dalam garis panduan berkenaan ada beberapa perkara yang perlu diikuti satu persatu serta ada sistem yang perlu diwujudkan supaya ia dapat dilaksanakan dengan sempurna serta mampu mencegah penularan COVID-19 ketika aktiviti pelancongan dijalankan. – Sepatah Duaย 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *