September 24, 2023

Ada 48 Juta Followers Media Sosial, Aamir Khan Ambil Keputusan Berhenti Guna Media Sosial

1 min read

 

Pelakon terkenal India yang popular dengan watak Phuskh Wangdu di dalam filem 3 Idiots, Aamir Khan membuat keputusan untuk berhenti guna media sosial dan akan terus berkomunikasi seperti yang dilakukan sebelum ini.

Dia membuat pengumuman itu kepada lebih 48 juta Followers di akaun media sosialnya di Twitter, Facebook dan Instagram.

Pelakon dan juga penerbit berusia 56 tahun itu berkata demikian menerusi satu kiriman di media sosial pada hari Isnin lepas.

Beliau akan memberikan kemas kini mengenai diri dan filemnya di platform syarikat filemnya.

”Terima kasih banyak-banyak untuk semua cinta dan kasih sayang pada ulang tahun kelahiran saya. Hati saya berbunga-bunga.

”Ini akan menjadi kiriman terakhir saya di media sosial. Memandangkan saya sangat aktif, saya memutuskan untuk menamatkannya,” katanya.

Aamir antara bintang handalan Bollywood, filem popularnya termasuk ‘Lagaan’, ‘Dangal’, ‘PK’, dan ‘Thugs of Hindostan’. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *