December 9, 2023

Lelaki Ini Ada Ilmu Hebat Memancing, Hasil Tangkapannya Selalu Bikin Geram

2 min read

Nama lelaki ini Muhammad Sahril Mustafa dan beliau adalah seorang daripada pengusaha industri pelancongan negeri Perak. Beliau ada mengusahakan khidmat cruise menyusuri Sungai Perak di Teluk Intan melalui perkhidmatan River Cruise Teluk Intan.

Dalam diri lelaki seperti ada aura memancing kerana setiap kali memancing, beliau jarang pulang dengan tangan kosong. Tempat permainannya ialah Sungai Perak di daerah Teluk Intan.

Kadang-kadang beliau hanya memancing di tepian sungai sahaja di kawasan bot river cruise berlabuh, pun boleh dapat berkilo-kilo Udang Galah Sungai Perak.

Hasil tangkapan Udang Galah Sungai Perak oleh Muhammad Sahril.

Pasti ada kemahiran dan gaya tersendiri beliau untuk melihat keadaan air sungai atau lubuk yang beliau sudah biasa memancing dan mendapat hasil lumayan yang biasanya selepas itu dijual kepada pembeli yang berminat.

Hantaran beliau di media sosial melalui Facebook Muhammad Sahril sentiasa membuat para pemancing geram apabila melihat hasil tangkapannya bersusun-susun di dalam bot atau di jeti selepas memancing kira-kira dua hingga tiga jam.

BACA JUGA : Nenek Berusia 91 Tahun Kahwin Dengan Pasangannya Berumur 73 Tahun

Antara tangkapan popular beliau ialah Udang Galah Sungai Perak, Ikan Patin dan kadangkala ada spesis-spesis ikan lain seperti Talapia Merah.

Antara spesis ikan lain yang berjaya dipancing oleh Muhamamd Sahril.

Muhammad Sahril bergambar bersama Ikan Patin Sungai Perak tangkapannya hampir setiap kali beliau memancing. Biasanya akan dapat banyak ikan.

Agak pening memikirkan apa rahsia yang digunakan oleh beliau untuk memancing sebegitu banyak ikan.

Selain menyediakan khidmat river cruise, beliau juga ada membuat sewaan bot untuk memancing di Teluk Intan. Kalau anda pergi bersama dengan Muhammad Sahril mungkin ada harapan anda tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Anda boleh jenguk maklumat lanjut tentang pakej menyewa bot untuk memancing di Facebook beliau Muhammad Sahril dan River Cruise Teluk Intan.

Jika mengambil perjalanan river cruise dengan beliau juga, beliau akan membawa bot beliau yang amat selesa untuk menyusuri sepanjang Sungai Perak di Teluk Intan dan beliau akan membawa anda ke Pulau Bangau lokasi ratusan ekor burung menjadikan pulau itu sebagai tempat tinggal mereka di sana.

Antara pelancong tempatan yang menggunakan khidmat river cruise menyusuri Sungai Perak yang turut disediakan oleh Muhammad Sahril. PERHATIAN : GAMBAR DIAMBIL SEBELUM PKP BERKUATKUASA.

Paling menakjubkan ialah pada waktu petang untuk anda melihat fenomena Burung Bangau bali yang terbang dalam formasi tertentu yang amat cantik selain menikmati suasana matahari terbenam di sana.

Paling penting, kepala jadi pening memikirkan teknik apa yang Muhammad Sahril gunakan untuk memancing. – Sepatah Dua

1 thought on “Lelaki Ini Ada Ilmu Hebat Memancing, Hasil Tangkapannya Selalu Bikin Geram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *