September 24, 2023

Isteri Ditampar Dan Diludah Suami Hanya Kerana Lambat Masak Rendang Ayam Yang Diminta

1 min read

 

Entah di mana sebabnya, hari demi hari kita hidup dalam keadaan pandemik dengan dugaan datang melanda, keadaan mental dan kesejahteraan diri juga seakan-akan sudah semakin merosot dalam jiwa manusia.

Di Ampang, hanya kerana seorang isteri lambat masak rendang ayam, seorang suami yang sudah berusia 67 tahun sanggup meludah, menampar dan duduk di atas badan wanita itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, isteri yang setahun lebih muda dari suspek bagaimanapun melawan balik dan berlakunya pergelutan sehingga kedua-duanya terjatuh dari katil.

Wanita itu membuat laporan polis dan dikatakan mengalami lebam pada dagu dan sakit badan.

JOM BACA : Syarikat Kurier Kantoi Guna Patung Jadi Pekerja 

Kejadian berlaku di kediaman pasangan warga emas itu di Jalan Pinang, Kampung Melayu, Ampang, kira-kira 10.30 malam Ahad lalu.

“Semasa pengadu berada di rumah, berlaku pertengkaran antara pengadu dan suspek berpunca daripada pengadu lewat memasak rendang ayam yang diminta.

“Semasa pertengkaran, pengadu ditampar di pipi dan pertengkaran berlaku hingga ke dalam bilik tidur,” katanya.

Beliau berkata suspek, yang juga seorang pesara Felda, duduk di atas badan pengadu, meludah muka dan mahu mencekik pengadu, “tetapi pengadu telah melawan dan terjadi pergelutan hingga jatuh dari katil”.

Farouk berkata, suspek menghidap penyakit jantung, darah tinggi, dan kencing manis.

Pengadu tinggal bersama suspek dan juga ibu suspek yang lumpuh berumur 86 tahun di rumah sama, kata beliau.

Polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *