October 3, 2023

Kemaruk Hendak Nombor Telefon Cantik, Sudahnya Ditipu Serta Hilang RM550

1 min read

 

Hanya disebabkan hendak sangat ada nombor telefon unik yang kononnya dikeluarkan oleh sebuah syarikat telekomunikasi, seorang lelaki berputih mata, bukan sahaja tak dapat nombor malahan kerugian RM550 selepas ditipu sindiket kerana nombor yang dibeli tidak wujud.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Kamarudin Md Din berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia sekitar 30-an baru-baru ini yang membeli nombor telefon khas 010 9899999 selepas melihat iklan itu di Facebook.

Beliau berkata, mangsa menghubungi pihak penjual dan membuat pembayaran namun tidak menerima nombor yang dibeli serta penjual tersebut menghilangkan diri.

“Dalam usaha mencegah daripada penipuan seperti ini berleluasa, kita menggesa orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam transaksi jual beli secara dalam talian serta tidak mudah percaya dengan tawaran jualan barangan yang murah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa menyemak ketulenan transaksi, pengesahan akaun menerusi laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule dan memastikan urusan jual beli dijalankan melalui perjanjian serta kaedah yang diperakui supaya tidak mudah menjadi mangsa.

Katanya, sebanyak 3,514 kes dicatatkan pada 2019 membabitkan penipuan e-dagang dan jumlah kes tersebut meningkat kepada 5,847 pada tahun lepas, manakala bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 2,132 kes direkodkan.

1 thought on “Kemaruk Hendak Nombor Telefon Cantik, Sudahnya Ditipu Serta Hilang RM550

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *