September 27, 2023

Wanita “Pening Kepala” Kereta Yang Total Loss Tahun 2019, Tiba-Tiba Terlibat Kemalangan Tahun Lepas

1 min read

 

Seorang wanita pening kepala apabila keretanya yang sudah dilupuskan pada 2019 akibat kemalangan kerana total loss terkejut apabila dia disaman kerana kemalangan yang berlaku melibatkan kereta sama tahun lepas.

Menurut laporan portal berita tempatan, wanita berkenaan yang mahu dikenali sebagai Lee berkata, dia terlibat dalam satu kemalangan serius pada bulan Jun 2019 yang menyebabkan kereta Toyota Vios miliknya itu dilupuskan oleh syarikat insurans selepas bengkel panel mengisytiharkannya sebagai mustahil untuk dibaiki.

Selepas dibayar jumlah tuntutan sebanyak RM45,000 dan pulih daripada kecederaan, wanita itu menganggap kes berkaitan kejadian kemalangan berkenaan telah selesai sepenuhnya, malangnya belum lagi.

BACA JUGA : Tiga Ditahan Disyaki Seludup Lebih 52,000 Tin Arak Bernilai RM1.3 Juta

Dia kini dinamakan sebagai seorang defendan dalam satu saman sivil yang difailkan bulan lalu, sebagai pemilik kenderaan yang berdaftar terlibat dalam kemalangan pada November tahun lalu di Kampung Banggol di Kelantan, 300km dari rumahnya di Taiping, Perak.

Butiran pendaftaran kereta itu sama dengan kenderaan miliknya sebelum ini.

“Pada awalnya, saya ingatkan itu adalah ‘scam’, kerana kereta saya memang mengalami total loss,” katanya.

Plaintif termasuk seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan pada November itu bersama bapanya, yang menuntut ganti rugi dalam bentuk bayaran bil hospital, kehilangan pendapatan dan lain-lain.

Pasukan perundangan Lee tidak dapat mengesahkan jenis, model dan enjin kereta yang terlibat dalam kemalangan di Kelantan itu.

Dia kemudian membuat laporan polis di Taiping, dan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *