October 3, 2023

Pelakon Video Muzik Raya Promosi Judi Hanya Dibayar RM180 Seorang

2 min read

 

Kadangkala, betapa kuat minda berfikir tetapi kita tak boleh faham apa sebenarnya yang dimahukan atau dicari oleh sesetengah orang.

Menurut berita yang hangat berkenaan video promosi judi online yang tular, dimaklumkan pelakon yang terlibat dalam video berkenaan dibayar upah hanya sebanyak RM180 sahaja seorang.

Polis menyatakan ia diberitahu oleh seorang daripada pelakon yang sudah ditahan polis kelmarin.

“Melihat kepada kedua-dua video yang tular, individu yang bertindak sebagai pelakon merupakan individu yang berbeza, namun kita percaya mereka saling mengenali antara satu sama lain,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Dang Wangi semalam.

Zainal berkata, seramai sembilan orang telah ditahan, iaitu lapan orang semalam manakala seorang lagi diberkas semalam.

“Lapan individu, terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita, iaitu produser/pengarah video, pelakon, ejen artis, juruvideo atau kamera berjaya diberkas semalam.

“Bagaimanapun, enam daripadanya, iaitu lima pelakon dan produser video, dibebaskan selepas permohonan polis untuk menahan reman mereka ditolak hari ini oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur,” kata beliau.

Dua lagi individu yang ditahan diteruskan reman bermula hari ini hingga Rabu depan, tambah beliau.

Terdahulu, sebuah iklan mempromosikan aktiviti perjudian yang menggunakan lagu Aidilfitri sebagai muzik latar, mengundang kecaman netizen kerana menyinggung sensitiviti umat Islam.

Iklan selama dua minit yang dikeluarkan syarikat judi, GDBet333, itu turut dikecam kerana menggunakan pelakon dipercayai beragama Islam dan mengajak orang ramai meraih wang berganda menggunakan perkhidmatan syarikat itu bagi mencari dana untuk berhari raya.

Keseluruhannya, seramai 13 orang ditahan kerana disyaki terbabit dalam dua video mempromosi judi atas talian dengan menghasilkan muzik video Hari Raya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Saifuddin Abdullah Beliau berkata, sembilan daripada individu itu ditahan atas video pertama yang tular beberapa hari lalu, manakala empat lagi diberkas untuk video kedua, susulan 38 laporan polis yang dibuat setakat ini.

Katanya, mereka yang ditahan itu termasuk pelakon, ejen artis, pengarah dan jurukamera yang terbabit dalam pembikinan video itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *