September 24, 2023

Kucing Ditangkap Jadi “Keldai” Seludup Dadah Ke Dalam Penjara

1 min read

Siapa sangka, seekor kucing boleh menjadi “keldai dadah” membawa dadah untuk diseludup ke dalam sebuah penjara di Panama City. Di sana kucing jenis ini digelar sebagai “Narco Cat

Pihak berkuasa di sana berjaya memintas kucing berkenaan yang berwarna putih dan dadah diikat di dalam sebuah kantung yang diikat pada badannya.

Kucing itu dipintas ketika ia cuba masuk ke dalam Penjara Nueva Esperanza yang menempatkan lebih 1,700 banduan di Colon, utara Panama City.

“Terdapat kain diikat pada leher haiwan itu yang mengandungi peket-peket berisi serbuk putih, daun dan ‘tumbuhan lain’,” kata Ketua Sistem Penjara Panama, Andres Gutierrez.

Kucing putih yang berjaya dipintas pihak berkuasa di Panama kerana digunakan untuk menyeludup dadah ke dalam penjara.

Menurut seorang pegawai lain, barang tersebut mungkin kokain, ganja dan dadah lain.

Ini bukan kali pertama jenayah seperti ini cuba dilakukan menggunakan haiwan.

Banduan mengumpan haiwan dengan makanan setelah dadah yang “dikirim” dari luar diikat ke badannya.

Pejabat pendakwa dadah di Colon menjelaskan di Twitter bahawa mereka telah memulakan siasatan mengenai penggunaan haiwan untuk menyeludup bahan terlarang ke dalam Penjara Nueva Esperanza.

Panama mempunyai kira-kira 18,000 banduan di dalam 23 penjara yang kebanyakannya sesak.

Sebelum ini, pihak berkuasa berjaya memintas cubaan menyeludup masuk dadah ke penjara menggunakan merpati dan dron.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *