May 15, 2021

SepatahDua.My

PORTAL Santai, Santap dan Semasa

Hari Raya Aidilfitri Ini, Polis Datang Rumah Untuk Pantau

1 min read

Pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) mengejut rumah ke rumah, seperti pada Aidilfitri tahun lalu, akan diteruskan tahun ini,

Ini termasuk memeriksa kebenaran surat rentas negeri, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Abd Rahim Jaafar.

Kata beliau, polis akan mengekalkan strategi sama berikutan kemungkinan orang ramai cuba meloloskan diri untuk pulang beraya di kampung halaman.

“Polis juga sudah bersedia berhadapan dengan situasi menjelang musim perayaan nanti, termasuk meningkatkan langkah keselamatan dan rondaan demi kebaikan awam,” kata beliau pada sidang akhbar di Markas 69 Komando Pasukan Gerakan Khas, Kem Ulu Kinta di Perak.

Tambah Rahim, seperti tahun lalu, polis juga akan memeriksa jumlah kenderaan yang diletak di hadapan rumah.

“Orang ramai ini pun pandai. Ada yang bertindak, misalnya semasa cuaca buruk atau hujan lebat, ketika ada kalanya anggota tidak dapat berkawal di laluan atas faktor keselamatan atau berlindung di pondok.

“Jadi pada masa itu, mereka ambil kesempatan melepasi pos sekatan jalan raya untuk rentas negeri,” kata beliau, seperti dipetik Utusan Malaysia.

Abd Rahim berkata, pemeriksaan dilaksanakan bukan semata-mata untuk menyekat rakyat pulang ke kampung untuk beraya, sebaliknya demi memastikan penularan Covid-19 terkawal.

2 thoughts on “Hari Raya Aidilfitri Ini, Polis Datang Rumah Untuk Pantau

  1. Pingback: | SepatahDua.My

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *