Hendak Dapatkan Lesen Menyelam? Dapatkan Bersama Monkey Dives Untuk Pengalaman Yang “Awesome”
3 min read
Papan tanda Money Dives menghiasi laluan masuk ke tempat scuba diving yang paling cool di Pulau Perhentian.
Apabila anda melihat video atau program dokumentari berkaitan keindahan dasar laut, sudah pasti ada keinginan untuk anda turut sama merasai dan menyaksikan keindahan dengan mata kepala anda sendiri. Anda mesti berangan-angan yang anda juga tahu untuk menyelam scuba diving dan boleh ke sana ke sini di dasar laut tanpa ada masalah.
Di Malaysia, banyak tempat yang anda boleh pergi dan belajar scuba diving. Kebanyakannya ada disediakan tempat yang menyediakan kursus serta ujian untuk membolehkan seseorang itu mendapat lesen penyelam skuba. Biasa tempat popular yang ada untuk belajar skuba ialah di Pulau Perhentian.
Kalau anda hendak belajar selam skuba, anda kena dapatkan lesen penyelam anda di Monkey Dives yang terletak di Long Beach, Pulau Perhentian.
Bukan setakat anda menyelam menikmati kecantikan dasar laut di pulau itu, tempat yang disediakan oleh Monkey Dives pun amat selesa, santai dengan kemudahan lengkap sambil anda menjalani kursus serta mengambil ujian untuk mendapatkan lesen berkenaan.
Monkey Dives diuruskan oleh pasangan suami isteri Nurul Syakireen Rosli yang mesra dipanggil sebagai Bee dan suami, Hasmezairis Hashim atau biasa dikenali sebagai Bart.
Anda Boleh Cuba Scuba Diving Dengan Buat Discovery Scuba Diving
Jika anda takut-takut hendak mengambil kursus berkenaan, anda boleh juga cuba melakukan selaman skuba bersama dengan seorang jurulatih yang bertauliah dan profesional di Monkey Dives. Anda boleh mencuba pengalaman Discover Scuba Diving iaitu anda akan menyelam sendiri bersama jurulatih selepas diberikan latihan-latihan asas.
BACA JUGA : Peniaga Bazar Ramadan Yang Popular Disaran Guna Sistem Nombor Giliran
Kalau cuba buat scuba diving, kenalah bermalam di Pulau Perhentian untuk nikmati suasana menginap di tepi pantai. Pihak Monkey Dives juga ada menyediakan kemudahan untuk bermalam di tempat mereka yang selesa dan anda boleh nampak pantai di depan mata anda setiap hari.

Anda kena bersedia menjalani kehidupan di pulau khususnya tentang bekalan tenaga elektrik. Biasanya di pulau, bekalan elektrik tidak disalurkan dari tanah besar tetapi menggunakan janakuasa berkuasa tinggi. Ada masa tertentu dalam beberapa jam, bekalan elektrik akan diberhentikan. Biasanya elektrik akan ada bermula dari waktu petang sehingga keesokan pagi.
Biasanya, sepanjang masa itu, anda boleh habiskan masa berehat di tempat Monkey Dives atau bersiar-siar sekitar Pulau Perhentian.
Monkey Dives Dekat Sangat Dengan Makan-Makan
Satu lagi perkara menarik tentang Monkey Dives ialah lokasinya yang dekat dengan kawasan yang banyak menyediakan tempat makan dengan masakan laut yang disediakan ala-Caribean. Ada ikan bakar pelbagai jenis termasuk Ikan Yu dan Ikan Barracuda. Ikan yang kita jarang boleh beli di pasar biasa.
Memang terasa duduk dan habiskan masa di pulau ketika berada di sana lebih-lebih lagi dengan Monkey Dives.

Anda tak perlu bimbang jika tidak tahu bagaimana untuk melakukan scuba diving kerana jurulatih yang disediakan oleh Monkey Dives amat berpengalaman dalam sukan menyelam dan mereka akan mengajar anda dengan bersungguh-sungguh sehingga anda faham.
Menurut Bee, scuba diving bukan satu sukan yang boleh dicuba-cuba untuk seronok semata-mata kerana ia melibatkan soal keselamatan yang penting.

Tenaga pengajar yang disediakan akan memberikan latihan yang cukup sehingga pengunjung ke Monkey Dives yang hendak mendapatkan lesen atau melakukan selaman betul-betul faham dan dapat melakukan seperti apa yang diajar ketika berada di dasar laut.
Pihak Monkey Dives turut menyediakan kelengkapan selaman yang canggih, terkini dan selamat bagi memastikan aktiviti menyelam berjalan lancar tanpa berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini. – SEPATAH DUA