June 3, 2023

Padah Bagi Rasuah, Seorang Wanita Vietnam Ditahan Cuba Sogok RM5,000

1 min read

Wang cubaan rasuah yang dirampas daripad suspek di Balai Polis Tangkak.

 

Seorang wanita warganegara Vietnam ditangkap ketika cuba memberi rasuah kepada Pegawai Kanan Polis dengan menawarkan RM5,000 di Balai Polis Tangkak di Johor, kelmarin.

Kejadian berlaku pada pukul 12.20 tengah hari di mana suspek berusia 40 tahun datang bertemu Pegawai Penyiasat berpangkat Inspektor di pejabatnya di balai berkenaan untuk memohon pembebasan dua lelaki yang juga rakan senegara masing-masing berusia 31 dan 44 tahun.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintendan Mohd. Fadhil Minhat berkata, dua lelaki itu ditahan dalam pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) di Tol Bukit Gambir pada 20 April lalu.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Tangkak selepas tidak memiliki dokumen perjalanan diri dan surat kebenaran rentas negeri.

“Suspek (wanita) menawarkan RM5,000 yang dimasukkan ke dalam sampul kepada pegawai terbabit supaya membebaskan dua lelaki itu.

“Dia (suspek) juga bersedia menambahkan jumlahnya jika tidak mencukupi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pegawai terbabit memberi amaran bahawa dia boleh ditangkap atas kesalahan rasuah namun wanita itu tetap menghulurkan wang berkenaan walaupun sudah diingatkan berkali-kali.

“Pegawai itu kemudian menahan suspek yang juga kontraktor jubin kerana cuba merasuah polis,” katanya.

Katanya, wang itu dirampasdan kes disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sebelum dirujuk ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Segamat untuk tindakan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *