September 24, 2023

Paru-Paru Anda Akan Enjoy Tarik Nafas Segar Menginap Di Paddystay Chalet, Sungai Besar

2 min read

 

Mesti ada antara anda yang berangan kan ada rumah tengah sawah, bila bangun pagi nampak tengok kehijauan sawah padi.. Cewaahh..

Selain itu, kalau duduk di sawah, ada satu bau yang amat menyenangkan dan membawa ketenangan.

Jika melihat sawah yang luas terbentang dengan kehijauan yang saujana mata memandang, bila tarik nafas, ia seakan terhenti seketika apabila paru-paru ambil masa lama menghargai kesegaran udara yang disedut masuk tatkala bernafas.

Itulah rasanya kalau anda berada di Paddystay Chalet di Sungai Besar, Selangor.

Ketenangan disulam dengan keindahan dihiasi ketenangan. Kawasannya tak besar, ada lima unit chalet yang diusahakan oleh Abd Rahman Daud. Letaknya di Jalan Kasawari Peket 60 Dalam, Sungai Besar.

Rupa dalaman chalet ala kabin di luar negara.

 

Unit-unit penginapan di Paddystay Chalet di Sungai Besar, Selangor yang cantik.

Sungai Besar adalah tempat jelapang padi terbesar di Selangor dan pemandangannya memang memukau. Ada tiga kali pemandangan cantik di sini, pertama, matahari terbit, kedua waktu pagi dan tengah hari dan terakhir waktu matahari terbenam.

Ada chalet yang berada di atas kolam ikan, sesekali angin sawah bertiup menjadikan pengalaman anda berada di situ begitu segar dan tenang.

MENARIK : Hari Raya Aidilfitri Ini, Polis Datang Rumah Untuk Pantau

“Paddystay Chalet adalah sangat istimewa untuk orang yang mencari ketenangan atau kedamaian atau yang merindu suasana desa, dengan menikmati pemandangan yang indah setiap hari,” kata beliau yang juba Naib Presiden Persatuan Kampungstay dan Homestay Malaysia (MKHA) menceritakan keistimewaan tempat ini.

 

 

 

Tempat duduk santai dan berehat disediakan di chalet di atas kolam ikan.
Pemandangan matahari terbit di awal pagi.
Pemandangan ketika matahari terbenam.

Lokasi Paddystay Chalet tak jauh pun dari pekan Sungai Besar yang dilihat sesuai juga untuk trip membeli belah sebab ada pelbagai jenis kedai yang menjual barangan keperluan rumah yang menarik. Ada juga banyak kedai baju.

Di Sungai Besar, antara yang popular ialah kerepek. Orang ramai dari merata-rata sanggup datang ke sini untuk membeli kerepek yang pelbagai jenis untuk dibawa balik. Jalan raya di sekitar daerah ini juga hanya dua hala kerana ia terletak di kawasan sawah padi, jadi kebanyakan jalan di sini adalah lurus dan panjang.

Untuk makan pun tidak begitu sukar kerana di Sungai Besar juga banyak pilihan tempat untuk anda singgah duduk dan makan. Jika dari chalet berkenaan tidak jauh pun anda perlu memandu untuk menikmati makanan yang sedap-sedap.

Menurut Abd Rahman, chalet berkenaan mula dibina pada 2018 dan beroperasi sejak 2019. Bagaimanapun, akibat COVID-19 melanda dunia dan turut menjejaskan Malaysia, operasi terhenti kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketat yang melarang perjalanan rentas daerah dan negeri.

Kini, ia beroperasi semula kerana perjalanan rentas daerah di Lembah Klang sudah dibenarkan. Pelanggan terdiri daripada mereka yang datang dari Kuala Lumpur dan dalam Selangor sendiri. – SEPATAH DUA

1 thought on “Paru-Paru Anda Akan Enjoy Tarik Nafas Segar Menginap Di Paddystay Chalet, Sungai Besar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *