August 8, 2022

Joe Biden Sifatkan Usaha Memujuk Korea Utara Gagal

1 min read

Pemimpin Tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un.

 

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden membuat kesimpulan bahawa usaha pentadbirannya memujuk negara diktator Korea Utara untuk menghentikan program senjata nuklearnya sebagai tidak berjaya.

Rumusan ini dibuat selepas penelitian dasar luar Amerika Syarikat (AS) ke atas Pyongyang.

White House sebelum ini komited untuk meneliti semula polisi itu selepas Biden dilantik Presiden.

Ini bagi meneruskan kesinambungan rundingan dengan Pyongyang daripada pentadbiran bekas presiden Donald Trump.

Bagaimanapun penelitian mendapati, objektif awal rundingan gagal dicapai.

“Polisi kami tidak akan memfokuskan kepada mencapai sasaran besar, atau bergantung kepada kesabaran strategik.

“Polisi kami menumpukan kepada pendekatan praktikal yang akan membuka diplomasi dengan Korea Utara dan memastikan kejayaan untuk keselamatan Amerika Syarikat, sekutu dan tentera.

“Kami akan meneruskan rundingan dengan Korea, Jepun dan sekutu lain,” kata Biden.

Biden sebelum ini mengakui melihat polisi terhadap Korea Utara perlu dilaksanakan dengan penuh berhati-hati.

Pegawai kanan pentadbiran Biden sebelum ini dilaporkan berunding dengan pasukan Trump yang mengambil bahagian dalam rundingan pemimpin Korea Utara di Singapura pada Jun 2018.

Kali terakhir rundingan diadakan adalah pada Oktober 2019.

Namun sehingga kini usaha pentadbiran Biden untuk meneruskan dialog gagal.

Sebelum ini, AS sudah dimalukan oleh Pemimpin Tertinggi Korea Utara Kim Jong Un apabila tindakan Trump memberi tabik hormat kepada Pegawai Tinggi tentera Pyongyang ketika pertemuan kedua-dua pemimpin berkenaan di Singapura pada 2018.

Korea Utara mengambil kesempatan penuh dengan video berkenaan dan ia dipaparkan di saluran berita utama di sana sebagai satu contoh bahawa Washington telah mengiktiraf Korea Utara dan menerima polisi pentadbirannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.