Jumlah Orang Mati Akibat COVID-19 Satu Dunia Sudah Lebih 3.17 Juta Orang
1 min read
Negara India kini terpaksa melakukan pembakaran mayat secara besar-besaran ekoran jumlah kematian akibat COVID-19 yang tinggi kira-kira 3,000 kes sehari - Foto AFP
Jumlah kematian akibat pandemik COVID-19 di seluruh dunia sudah melebihi 3.17 juta kes.
Semalam, dalam tempoh 24 jam, lebih 20,000 kematian dilaporkan di dunia.
Menurut laporan dari data Johns Hopkins University, negara Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian paling tinggi dengan 575,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 401,000 kes; Mexico lebih 216,000 kes; India, United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.
Manakala negara yang mencatatkan di antara 30,000 dan 50,000 kes kematian ialah Indonesia, Ukraine dan Turki.
Selain itu, Romania, Belgium dan Kanada pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.
Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.