June 1, 2023

Lori Bawa 40,000 Dos Vaksin COVID-19 Di India Ditinggalkan Pemandu Di Tepi Jalan

1 min read

 

Sudahlah ratusan ribu rakyat di India dijangkiti COVID-19 sehari, perkhidmatan pengangkutan vaksin pula buat hal.

Sebanyak 40,000 dos vaksin COVID-19 mungkin perlu dilupuskan begitu sahaja selepas lori yang membawa bekalan berkenaan ditinggalkan di tepi jalan di India.

Polis menemui lori berkenaan yang membawa 364 kotak bekalan vaksin ‘Covaxin‘ keluaran Bharat Biotech bernilai AS$1.08 juta di Kareli, Madhya Pradesh.

Lori tersebut dipercayai ditinggalkan dengan penghawa dingin masih dihidupkan selama 12 jam sebelum polis tiba.

Selepas menghubungi syarikat pemilik lori berkenaan Transport Corporation of India (TCI) Cold Chain Solution, polis berjaya mengesan pemandu kenderaan terbabit.

Vikas Mishra, 22 tahun, ditemui sedang berehat dan terbaring di kawasan semak berdekatan Lebuhraya Narsinghpur, kira-kira 15 kilometer daripada tempat lori itu ditemui.

Lori bersama bekalan vaksin tersebut sepatutnya dibawa ke Karnal dari Hyderabad.

Seorang lagi pemandu telah dihantar untuk membawa lori berkenaan ke destinasi sepatutnya namun dia hanya akan tiba selepas 12 jam perjalanan.

Jika penghawa dingin lori itu termati sebelum pemandu berkenaan tiba, bekalan vaksin itu mungkin akan rosak dan perlu dilupuskan.

Polis belum lagi mendedakan apa tindakan yang bakal dikenakan ke atas Mishra atau motif kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *