September 24, 2023

Pelancongan Akan Kembali Meriah, Pensijilan Patuh SOP Jadi Kunci Utama Keyakinan Pelancong

3 min read

Pulau Langkawi turut menerima nasib yang sama terjejas akibat pandemik, ramai pengusaha industri pelancongan kini ketandusan pendapatan dan mereka perlu bertahan untuk kembali beroperasi bila pelancongan kembali pulih.

Bermula esok, seluruh negara akan mula berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga Jun untuk kali ketiga selepas kali pertama ia dilaksanakan pada bulan Mac 2020. Pelaksanaan berkenaan dilakukan untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19 yang tiba-tiba meningkat secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Hari ini 11 Mei, sebanyak 3,973 kes baharu jangkitan direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia ialah 448,457 kes. Kes sembuh hari ini ialah sebanyak 2,848 kes.

Apabila bermulanya PKP ada banyak operasi industri terpaksa diberhentikan atau ditutup sementara untuk menghindari perhimpunan melibatkan ramai orang yang seterusnya boleh mencetuskan jangkitan besar-besaran. Antara yang terpaksa dihentikan ialah industri pelancongan.

Tidak cukup dengan itu, pengusaha yang lengkap dengan persiapan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pula diberikan Sijil Pematuhan Garis Panduan Patuh dan Amal COVID-19 (GPPAC19) supaya mereka lengkap dengan pengiktirafan yang perlu untuk kembali mengucapkan selamat datang kepada pelancong.

Bagaimanapun, ada satu kelebihan bagi industri pelancongan ketika zaman wabak melanda ialah industri berkenaan mampu berpotensi ia mencetuskan fenomena melancong besar-besaran apabila kebanyakan aktiviti masyarakat kembali dibenarkan beroperasi. Ketika ini, industri pelancongan terjejas kerana pergerakan rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan.

Apabila bencana COVID-19 sudah kembali reda nanti, sebaik sahaja pergerakan rentas negeri dibenarkan ribuan orang ramai akan dari seluruh pelusuk negara akan membanjiri kawasan tumpuan pelancongan bagi meredakan ketenangan minda serta membawa keluarga serta rakan berjalan-jalan melancong.

Kawasan seperti Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Cameron Highlands, Genting Highlands, Kelantan dan Terengganu dah tentu akan dipenuhi manusia.

Mana taknya, selepas terkurung di dalam rumah dan daerah kediaman selama berbulan-bulan, apabila dibenarkan melancong semua orang akan berbondong-bondong memenuhi lebuh raya untuk pergi melancong.

Ditambah pula mungkin ada yang menyimpan wang ketika PKP, sudah pasti ia akan digunakan untuk membeli-belah apabila melancong nanti.

Sebagai pengusaha industri pelancongan, anda mungkin perlu mencari jalan supaya dapat bertahan sepanjang tempoh sukar ini supaya apabila pelancongan kembali dibuka, anda tidak ketinggalan daripada menerima kehadiran pelancong yang ramai itu nanti.

Pastikan semua kemudahan di tempat anda sentiasa baik dan penyelenggaraan yang konsisten supaya ia bersedia dibuka nanti.

Agensi-agensi dan persatuan berkaitan pelancongan di negara ini, mungkin boleh memberikan bantuan dan nasihat yang perlu kepada para pengusaha ini supaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana mereka boleh mendapatkan bantuan.

BACA JUGA – Pelancong Ke Melaka Susut 70 Peratus Tahun Lepas

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan agensinya iaitu Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN) boleh memberikan panduan dan khidmat nasihat supaya pengusaha pelancongan mempunyai jati diri yang kuat mengharungi tempoh pandemik dengan persiapan rapi seterusnya bersedia untuk kembali dibuka.

Pada tahun 2019, kebanyakan pengusaha industri pelancongan sudah pun bersedia selepas dilatih dalam siri program Inbound Tourism Bootcamp (ITB) di seluruh negara membimbing mereka untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan produk serta menggunakan kemodenan teknologi untuk mendapatkan lagi ramai pelancong dari luar negara.

Pada tahun 2020 pula, TPN mempersiapkan lagi para pengusaha dengan membangunkan Garis Panduan Patuh dan Amal COVID-19 khusus untuk rujukan usahawan industri pelancongan untuk meneruskan perniagaan mereka dalam normal baharu.

Tidak cukup dengan itu, pengusaha yang lengkap dengan persiapan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pula diberikan Sijil Pematuhan Garis Panduan Patuh dan Amal COVID-19 (GPPAC19) supaya mereka lengkap dengan pengiktirafan yang perlu untuk kembali mengucapkan selamat datang kepada pelancong.

Kini, pengusaha pelancongan perlu terus bertahan dan bersiap sedia menunggu waktu pelancong domestik dan pelancong luar negara dibenarkan kembali datang ke Malaysia, anda boleh melayan pengunjung anda dengan senyum yang lebar serta ucap selamat datang gaya Malaysia.

Suasana pelancongan pada ketika itu akan kembali meriah dan tidak mustahil, kawasan pelancongan di seluruh negara akan kembali dipenuhi manusia biarpun pelancong dari dalam negara kita sendiri.

Pada masa itu, mereka melancong untuk melepaskan rindu serta meredakan tekanan selepas lama terkurung akibat PKP – SEPATAH DUA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *