PKP 3.0 : Tiada Moratorium Automatik Kali Ini – Gabenor Bank Negara
1 min read
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.
Kemudahan moratorium secara menyeluruh secara automatik tidak akan diberikan semula walaupun kerajaan sudah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara bermula esok.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, bagi membantu peminjam, bank akan terus menawarkan bantuan bayaran balik kepada pelanggan yang memerlukan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan terkini itu.
“Dengan bank sudah tersedia dengan bantuan pembayaran balik termasuk moratorium bersasar yang ditawarkan kepada pelanggan yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan terjejas.
“Peminjam boleh menghubungi pelbagai saluran lain yang telah diwujudkan termasuk Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan BNM Telelink untuk menawarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2021 secara maya, hari ini.
Hadir sama, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
1 thought on “PKP 3.0 : Tiada Moratorium Automatik Kali Ini – Gabenor Bank Negara”