December 6, 2023

COVID-19 : Hospital Sungai Buloh Sediakan Kontena Untuk Simpan Jenazah

1 min read

Kontena putih yang disediakan di Hospital Sungai Buloh untuk menempatkan mayat mereka yang meninggal dunia akibat COVID-19. Foto Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),

 

Berikutan keadaan jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysia yang semakin buruk, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena yang dikhaskan untuk menyimpan mayat yang meninggal dunia akibat penyakit itu.

Semalam, enam kematian dilaporkan berlaku di hospital berkenaan.

Mengikut rekod, lebih 80 peratus kematian akibat COVID-19 di Malaysia adalah daripada golongan berusia serta turut menghidap lebih daripada satu penyakit kronik.

Kebanyakan mereka dijangkiti orang ahli keluarga yang terdekat.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk merawat pesakit COVID-19 mencech 80 peratus di seluruh negara setakat ini.

Beberapa negeri bagaimanapun telah merekodkan penggunaan katil ICU melebihi 80 peratus, termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Kedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *